Pernah saya menjangkakan isu sebegini akan berlaku dalam negara kita. Apa sahaja kejadian yang berlaku selepas era vaksinasi, mereka yang sudah benci kepada vaksin akan mencanang cerita bahawa semua itu dikaitkan vaksin. Kerajaan sengaja tidak mengistiharkan!
Tetapi setelah siasatan dijalankan, kerajaan keluarkan kenyataan bahawa ianya tidak dikaitkan dengan vaksin, mereka tetap tidak percaya. Malah menuduh kerajaan cuba berbohong dan melindungi kisah sebenar.
Kerajaan membuat kenyataan dengan penuh tanggungjawab dan integriti, bukannya merekayasa cerita yang tidak benar. Kita semua akan dipersoalkan atas tanggungjawab yang telah diberikan itu. Jika masih lagi tidak berpuas hati, terpulanglah.
Apabila terdapat pihak cuba mensensasikan laporan dari Yellow Card mengenai kesan sampingan vaksin di UK, saya sudah agak isu sama akan digunakan oleh segelintir pihak di Malaysia. Sedangkan data dari Yellow Card UK itu tidak pun disahkan oleh pakar. Yellow Card adalah laman web awam yang melaporkan segala kejadian atau peristiwa yang berlaku selepas vaksin. Laporan itu tidak ditentusahkan lagi. Siasatan wajib dilakukan samada ianya kaitan dengan vaksin atau tidak.
Kesimpulan yang telah dicatat oleh Yellow Card UK itu adalah:
1. No other new safety concerns have been identified from reports received to date, and for the cases of other medical conditions reported in temporal association with vaccination, the available evidence does not currently suggest that the vaccine caused the event.
2. The overall safety experience with both vaccines is so far as expected from the clinical trials.
Dengan erti kata lain segala pelaporan yang dibuat oleh masyarakat awam itu tidak pun dikaitkan dengan pengambilan vaksin. Contohnya kematian sebanyak 200 lebih itu adalah kejadian yang berlaku dalam masyarakat dalam tempoh masa tersebut. Bahkan sebelum era vaksin pun jumlah kematian adalah sama akibat. Bukan disebabkan oleh vaksin pun.
Terdapat kes yang sama berlaku dalam negara kita, selepas vaksin, berlaku kematian mengejut. Hasil kajian yang telah pun dijalankan oleh KKM bahawa kematian itu tidak dikaitkan pun dengan vaksin. Bahkan jika kita melihat kepada kejadian serangan jantung dalam negara kita secara puratanya 50 orang sehari. Boleh lihat laporan yang telah dikeluarkan oleh jabatan statistik negara kita. kematian serangan jantung adalah 35.8% dari jumlah kesuluruhan kematian di Malaysia, berbanding dengan kemalangan jalanraya 20.4%.
Melihat balik kepada program imunisasi COVID-19 kebangsaan nanti terhadap 25.5 juta rakyat, adakah tidak akan berlaku langsung kematian atas apa jua alasan sekalipun? Sudah tentu tidak. Kematian akan berlaku kepada sesiapa sahaja. Cuma punca kematian itu perlu disiasat oleh pihak berkuasa. Namun seperti biasa, golongan yang menentang vaksin masih lagi tidak berganjak dan akan terus menuduh vaksinlah puncanya.
Suhazeli Abdullah
Putrajaya
21.3.2021
No comments
Post a Comment