Sejak ditubuhkan PAS merupakan sebuah parti yang paling berpengalaman dalam menghadapi perangai politik melompat parti. Sehingga sudah menjadi perkara biasa, khususnya dalam sistem demokrasi yang menjadikan politik terlalu dinamik.
Maka, terdapat makhluk manusia yang berakal berubah fikirannya dengan kematangan, bahkan terdapat juga yang hanyut kerana gelombang yang memabukkan fikirannya. Sama ada disebabkan oleh tekanan hidup yang mencabar atau tekanan perjuangan yang menyusahkan.
Khusus bagi PAS yang meletakkan Islam menjadi dasar perjuangan, pergerakan dan aktivitinya, maka PAS wajib berpandukan kepada Islam dalam perjalanan serta hala tujunya. Bahkan, wajib beristiqamah untuk menegakkan Islam, sehingga banyak cabaran yang akan ditempuhi dan jauh perjalanannya yang akan dilalui.
Hanya mereka yang berjati diri dan berjiwa kental bersama aqidah Islam sahaja yang akan terus beristiqamah melangsungkan perjuangannya. Mereka yang rapuh akan melompat keluar parti, namun PAS terus menerima pendatang baharu dan menambahkan jumlah ahli yang akan terus mengalami proses tarbiah.
PAS membuka pintu dan menerima semua yang datang kepadanya. Pintunya sentiasa dibuka kepada sesiapa yang mahu masuk dan mahu keluar, sama ada secara berjalan atau berlari, termasuk yang melompat.
Pentas PAS sentiasa dibuka kepada semua, termasuk mereka yang dipecat daripada parti masing-masing, antaranya Dr Mahathir 1969, Tengku Razaleigh 1990, dan Anwar Ibrahim 1998. Kenangan lama yang masih terpahat di fikiran orang lama PAS yang tidak mudah lupa. Maka, PAS sering kali menjadi tempat persinggahan pemimpin parti yang telah dipecat, bukan sekadar menerima penyertaan ahli biasa.
Memang sukar bagi sesiapa yang mahu menerima PAS yang jauh perjalanan perjuangannya. Kadang-kadang PAS hanya dijadikan tempat persinggahan sementara waktu sahaja. Mukjizat ilmu wahyu daripada al-Quran menjadi petunjuk sepanjang zaman. Sebagaimana firman Allah SWT:
﴿ŁَŁْ ŁَŲ§Łَ Ų¹َŲ±َŲ¶ًŲ§ ŁَŲ±ِŁŲØًŲ§ ŁَŲ³َŁَŲ±ًŲ§ ŁَŲ§ŲµِŲÆًŲ§ ŁَŲ§ŲŖَّŲØَŲ¹ُŁŁَ ŁَŁَŁِŁْ ŲØَŲ¹ُŲÆَŲŖْ Ų¹َŁَŁْŁِŁ
ُ Ų§ŁŲ“ُّŁَّŲ©ُ ŁَŲ³َŁَŲْŁِŁُŁŁَ ŲØِŲ§ŁŁَّŁِ ŁَŁِ Ų§Ų³ْŲŖَŲ·َŲ¹ْŁَŲ§ ŁَŲ®َŲ±َŲ¬ْŁَŲ§ Ł
َŲ¹َŁُŁ
ْ ŁُŁْŁِŁُŁŁَ Ų£َŁْŁُŲ³َŁُŁ
ْ ŁَŲ§ŁŁَّŁُ ŁَŲ¹ْŁَŁ
ُ Ų„ِŁَّŁُŁ
ْ ŁَŁَŲ§Ų°ِŲØُŁŁَŁ¤Ł¢ Ų¹َŁَŲ§ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁْŁَ ŁِŁ
َ Ų£َŲ°ِŁْŲŖَ ŁَŁُŁ
ْ ŲَŲŖَّŁ ŁَŲŖَŲØَŁَّŁَ ŁَŁَ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŲµَŲÆَŁُŁŲ§ ŁَŲŖَŲ¹ْŁَŁ
َ Ų§ŁْŁَŲ§Ų°ِŲØِŁŁَŁ¤Ł£﴾
“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad SAW) sesuatu yang berfaedah (pada pandangan mereka) yang sudah didapati (dengan mudah), dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutimu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: ‘Sekiranya kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kalian.’ (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri sendiri, sedangkan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutimu). (42); Allah memaafkan dirimu (wahai Muhammad), mengapa engkau mengizinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta? (43).” (Surah al-Taubah: 42-43)
Adakalanya melompat-lompat boleh memperkemaskan tanah tempat berpijak, begitulah lompatan kepada PAS juga akan memperkemaskan lagi asas perjuangannya. Begitulah juga sekiranya dirompak dengan ahlinya dicantas, maka laksana pokok yang satu dahannya dipotong, kemudian akan banyak tunas baru yang tumbuh dan lebih subur.
PAS mengalami kemerosotan apabila ahlinya keluar atau melompat sehingga mengeluarkan dirinya sendiri. Perkara itu berlaku di semua peringkat, bermula daripada ahli biasa sehinggalah melibatkan pemimpin utama dan tertinggi yang juga pernah melompat keluar parti. Ini menunjukkan mereka yang tidak mempunyai manfaat kepada PAS akan dikeluarkan daripada PAS, lalu akan menyembuhkan penyakit yang terdapat dalam jemaah PAS.
Tiada siapa yang mengetahui orang yang tidak ikhlas niat perjuangannya, atau orang yang tidak sabar dan menginginkan kemenangan yang gopoh, melainkan Allah SWT.
Sikap tersebut menjadi penyakit yang mesti dikeluarkan daripada PAS. Semua penyakit yang tidak dapat dilihat dengan mata yang kasar itu, laksana makhluk ghaib. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui, sebagaimana firman-Nya:
﴿Ų£َŲَŲ³ِŲØَ Ų§ŁŁَّŲ§Ų³ُ Ų£َŁْ ŁُŲŖْŲ±َŁُŁŲ§ Ų£َŁْ ŁَŁُŁŁُŁŲ§ Ų¢Ł
َŁَّŲ§ ŁَŁُŁ
ْ ŁَŲ§ ŁُŁْŲŖَŁُŁŁَŁ¢ ŁَŁَŁَŲÆْ ŁَŲŖَŁَّŲ§ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ł
ِŁْ ŁَŲØْŁِŁِŁ
ْ ŁَŁَŁَŲ¹ْŁَŁ
َŁَّ Ų§ŁŁَّŁُ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŲµَŲÆَŁُŁŲ§ ŁَŁَŁَŲ¹ْŁَŁ
َŁَّ Ų§ŁْŁَŲ§Ų°ِŲØِŁŁَŁ£﴾
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2); Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. (3).” (Surah al-‘Ankabut: 2-3)
Adapun mereka yang melompat datang kepada PAS akan menambahkan keahlian baharu yang sentiasa dibuka pintu masuk dan dialu-alukan kedatangannya ke dalam PAS.
PAS terus berusaha menambah keahlian baharu kerana menjadi pulangan kepada mesej dakwah yang disampaikan. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui siapakah yang ikhlas, hatta diri kita sendiri tidak mengetahui siapakah yang ikhlas, walaupun kita sudah lama bersama-sama dalam PAS. Kita diperintahkan supaya dikuatkan sifat istiqamah masing-masing dalam setiap rakaat solat yang ditunaikan.
Allah SWT berfirman kepada Rasulullah SAW:
﴿ŁَŲ§Ų³ْŲŖَŁِŁ
ْ ŁَŁ
َŲ§ Ų£ُŁ
ِŲ±ْŲŖَ ŁَŁ
َŁْ ŲŖَŲ§ŲØَ Ł
َŲ¹َŁَ ŁَŁَŲ§ ŲŖَŲ·ْŲŗَŁْŲ§ Ų„ِŁَّŁُ ŲØِŁ
َŲ§ ŲŖَŲ¹ْŁ
َŁُŁŁَ ŲØَŲµِŁŲ±ٌŁ”Ł”Ł¢﴾
“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh berada atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang merujuk kembali kepada kebenaran mengikutimu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hakam Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah Hud: 112)
PAS sendiri laksana bahtera yang kukuh sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951. Sebuah parti yang menjadi kesinambungan kepada mata rantai perjuangan Islam sebelumnya dengan melibatkan diri dalam politik.
PAS bukanlah satu-satunya kumpulan Islam, kerana terdapat banyak kumpulan Islam lain di tengah-tengah jumlah umat Islam yang besar ini. Terdapat kumpulan yang bersama dan seiringan dengan PAS, walaupun bergerak di lapangan masing-masing yang tidak berpolitik. Namun, kumpulan tersebut memudahkan perjalanan PAS dalam menegakkan politik Islam.
Terdapat juga kumpulan yang tidak bersama PAS, sekalipun pada namanya kumpulan Islam. Akan tetapi, ia digunakan untuk melawan PAS oleh musuh yang mempergunakannya. Kononnya mereka berkata tidak mahu berpolitik, tiba-tiba mereka dipergunakan oleh politik yang berbeza tujuannya, bukan bertujuan menegakkan Islam yang berdaulat.
Sejarah telah membuktikan PAS tidak tenggelam, sebaliknya kumpulan itu yang telah tenggelam, hampir tenggelam atau akan mengalami kebocoran yang menempah maut di tengah perjalanan. Mereka pasti mabuk dalam gelombang laut perjuangan yang sangat luas dan jauh perjalanannya.
PAS juga adalah satu makhluk yang tidak akan kekal selama-lamanya, sepertimana mana kumpulan islah dan tajdid sebelumnya. Apa yang kekal meneguhkan PAS adalah Islam yang menjadi aqidah dan matlamat perjuangannya serta kemampuan PAS untuk bergerak secara dinamik dan fleksibel dalam mengalami perubahan. Walaupun terdapat kelemahan pada manusia yang menjadi ahlinya dari aspek ilmu, tarbiah dan amal dalam diri masing-masing, termasuklah kemampuan untuk berada di lapangan yang sentiasa berubah sehingga menjadikannya sangat mencabar.
Sabda Rasulullah SAW:
Ł
َŲ§ Ł
ِŁْ ŁَŲØِŁٍّ ŲØَŲ¹َŲ«َŁُ Ų§ŁŁŁُ ŁِŁ Ų£ُŁ
َّŲ©ٍ ŁَŲØْŁِŁ Ų„ِŁَّŲ§ ŁَŲ§Łَ ŁَŁُ Ł
ِŁْ Ų£ُŁ
َّŲŖِŁِ ŲَŁَŲ§Ų±ِŁُّŁŁَ، ŁَŲ£َŲµْŲَŲ§ŲØٌ ŁَŲ£ْŲ®ُŲ°ُŁŁَ ŲØِŲ³ُŁَّŲŖِŁِ ŁَŁَŁْŲŖَŲÆُŁŁَ ŲØِŲ£َŁ
ْŲ±ِŁِ، Ų«ُŁ
َّ Ų„ِŁَّŁَŲ§ ŲŖَŲ®ْŁُŁُ Ł
ِŁْ ŲØَŲ¹ْŲÆِŁِŁ
ْ Ų®ُŁُŁŁٌ ŁَŁُŁŁُŁŁَ Ł
َŲ§ ŁَŲ§ ŁَŁْŲ¹َŁُŁŁَ، ŁَŁَŁْŲ¹َŁُŁŁَ Ł
َŲ§ ŁَŲ§ ŁُŲ¤ْŁ
َŲ±ُŁŁَ، ŁَŁ
َŁْ Ų¬َŲ§ŁَŲÆَŁُŁ
ْ ŲØِŁَŲÆِŁِ ŁَŁُŁَ Ł
ُŲ¤ْŁ
ِŁٌ، ŁَŁ
َŁْ Ų¬َŲ§ŁَŲÆَŁُŁ
ْ ŲØِŁِŲ³َŲ§ŁِŁِ ŁَŁُŁَ Ł
ُŲ¤ْŁ
ِŁٌ، ŁَŁ
َŁْ Ų¬َŲ§ŁَŲÆَŁُŁ
ْ ŲØِŁَŁْŲØِŁِ ŁَŁُŁَ Ł
ُŲ¤ْŁ
ِŁٌ، ŁَŁَŁْŲ³َ ŁَŲ±َŲ§Ų”َ Ų°َŁِŁَ Ł
ِŁَ Ų§ŁْŲ„ِŁŁ
َŲ§Łِ ŲَŲØَّŲ©ُ Ų®َŲ±ْŲÆَŁٍ.
“Tiadalah seseorang nabi yang diutuskan oleh Allah kepada umatnya, melainkan bersamanya pembantu dan sahabat yang setia mengambil ajaran dan mengikutinya dengan patuh. Kemudian (apabila nabi itu telah wafat), selepasnya terdapat mereka yang menyeleweng dan hanya pandai bercakap apa yang tidak diamalkan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan (mengikut ajaran petunjuknya sehingga melakukan kemungkaran). Maka sesiapa yang berjihad dengan tangannya (sehingga berkuasa mencegahnya), nescaya dia beriman, sesiapa yang berjihad dengan lidahnya, nescaya dia beriman dan tiada lagi iman selepas itu (sekiranya redha kepada kemungkaran itu), walaupun sebesar biji yang paling halus.” (Riwayat Muslim 50)
PAS diwujudkan sebagai kumpulan Islam yang meneruskan perjuangan Islam bagi menyelamatkan seramai mungkin manusia bersama Islam. Oleh yang demikian, PAS mengambil pendekatan damai melalui strategi mengadakan tahaluf dan kerjasama dengan semua pihak, khususnya dengan kumpulan Islam. Bahkan termasuk dalam kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi memperkenalkan Islam secara langsung.
Kumpulan Islam sebelum PAS ditubuhkan pernah bekerjasama menentang penjajah bersama kumpulan kanan dan kiri. Sehingga Almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmi (Yang Dipertua PAS ke-3) pernah diangkat menjadi Ketua Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Namun, apabila terdapat dalam kalangan mereka yang mengambil pendekatannya sendiri dan paling ekstrem apabila memilih untuk bersama Komunis, maka Dr. Burhanuddin al-helmi memisahkan diri daripada kumpulan tersebut.
Hanya segelintir daripada mereka yang tidak faham sahaja telah melompat ke dalam hutan bersama puak Komunis. Mereka telah dikuburkan bersama Komunis, adapun Dr. Burhanuddin al-Helmi terus bersama PAS semenjak ia ditubuhkan dan terus berada dalam gelanggang perjuangan PAS sehingga akhir hayatnya.
PAS pernah bertahaluf bersama Parti Negara pimpinan Almarhum Dato’ Onn Jaafar sehingga PAS sanggup memberikan kerusi yang memenangkan tokoh itu di Kuala Terengganu, setelah rakyat Johor tidak mendukungnya lagi. Kini Parti Negara sudah mati selepas Almarhum Dato’ Onn meninggal dunia, malahan wakil rakyatnya melompat keluar sehingga menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu bersama beberapa wakil rakyat PAS yang turut melompat keluar. Walau bagaimanapun, PAS tetap bangkit semula sebanyak dua kali selepas itu bagi menawan semula Terengganu.
PAS pernah bertahaluf bersama Parti Melayu Semangat 46 dan menawan Kelantan sehingga ke hari ini. Akan tetapi, hari ini Parti Semangat 46 sudah mati kerana pemimpinnya juga telah melompat keluar, dan ia bukan salah PAS.
Akhirnya, PAS bertahaluf dengan PKR, DAP dan rakan-rakannya tanpa menggadaikan prinsip Islam yang dipegang erat. Sehinggalah PAS dipecat kerana teguh berprinsip dan dinamik dalam berpolitik. Mereka menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) yang dipimpin oleh bekas pemimpin PAS yang melompat keluar kerana mahu menang dengan cepat. Sekarang mereka sudah bercakaran antara satu sama lain berebut ahli sesama mereka, dan sekali lagi itu juga bukan salah PAS.
Maka, janganlah menghukum PAS apabila ada golongan yang melompat keluar meninggalkan PAS atau menyertai PAS, sehingga terdapat mereka yang beberapa kali melompat keluar dan masuk PAS semula. Hukumlah diri sendiri, PAS hanya mengambil manfaat daripada politik lompat melompat. Hanya mereka yang melompat dengan niat yang tidak ikhlas bersama PAS sahaja akan patah kakinya. Namun, ahli PAS yang setia tetap tidak akan patah semangat.
Sebelum ini PAS pernah bekerjasama dengan UMNO demi perpaduan ummah, kini sekali lagi bersama UMNO, BERSATU dan parti-parti lain. Sebelum itu juga, PAS pernah bersama UMNO dalam Kerajaan Campuran dan bersama menubuhkan Barisan Nasional (BN).
Walaupun PAS dipecat kerana krisis yang berlaku sehingga menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Kelantan, apabila terdapat golongan yang melompat keluar lalu menubuhkan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), namun PAS semakin kuat. Adapun BERJASA terumbang-ambing dalam gelombang politik negara, sedangkan PAS bangkit semula menawan Kelantan dan memerintah negerinya sehingga kini.
Inilah sedikit pengalaman PAS dalam berpolitik, terus beristiqamah berlandaskan prinsipnya yang tidak boleh diubah. Namun begitu, politik akan tetap berubah bersama alam yang turut berubah. Perubahannya wajib ditangani dengan berpandukan hidayah (petunjuk Allah SWT), bukannya jibayah (kebendaan).
Allah SWT yang Maha Mengetahui berfirman:
﴿Ų³َŁَŲ§Ų”ٌ Ł
ِŁْŁُŁ
ْ Ł
َŁْ Ų£َŲ³َŲ±َّ Ų§ŁْŁَŁْŁَ ŁَŁ
َŁْ Ų¬َŁَŲ±َ ŲØِŁِ ŁَŁ
َŁْ ŁُŁَ Ł
ُŲ³ْŲŖَŲ®ْŁٍ ŲØِŲ§ŁŁَّŁْŁِ ŁَŲ³َŲ§Ų±ِŲØٌ ŲØِŲ§ŁŁَّŁَŲ§Ų±ِŁ”Ł ŁَŁُ Ł
ُŲ¹َŁِّŲØَŲ§ŲŖٌ Ł
ِŁْ ŲØَŁْŁِ ŁَŲÆَŁْŁِ ŁَŁ
ِŁْ Ų®َŁْŁِŁِ ŁَŲْŁَŲøُŁŁَŁُ Ł
ِŁْ Ų£َŁ
ْŲ±ِ Ų§ŁŁَّŁِ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁَŲ§ ŁُŲŗَŁِّŲ±ُ Ł
َŲ§ ŲØِŁَŁْŁ
ٍ ŲَŲŖَّŁ ŁُŲŗَŁِّŲ±ُŁŲ§ Ł
َŲ§ ŲØِŲ£َŁْŁُŲ³ِŁِŁ
ْ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų£َŲ±َŲ§ŲÆَ Ų§ŁŁَّŁُ ŲØِŁَŁْŁ
ٍ Ų³ُŁŲ”ًŲ§ ŁَŁَŲ§ Ł
َŲ±َŲÆَّ ŁَŁُ ŁَŁ
َŲ§ ŁَŁُŁ
ْ Ł
ِŁْ ŲÆُŁŁِŁِ Ł
ِŁْ ŁَŲ§ŁٍŁ”Ł”﴾
“Sama sahaja kepada-Nya: Sesiapa antara kalian yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang. (10); Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan ke atas sesuatu kaum dengan bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tiada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya. (11).” (Surah al-Ra‘d: 10-11)
PAS terus menegakkan integriti, bukan sekadar menyebutkan slogan bagi memancing undi rakyat untuk menubuhkan kerajaan. Bahkan integriti dalam PAS ialah bersedia mengadap Tuhan. Tegasnya kita mendukung prinsip tiada pemisahan politik daripada agama. Maka, PAS tidak menjadikan lompat parti sebagai suatu perkara yang boleh menghalang perjalanannya.
Hal yang demikian kerana, mereka yang melompat keluar itu gagal berintegriti, manakala pendatang baharu pula dapat menyesuaikan diri bersama PAS. Namun, mereka yang gagal proses tarbiahnya selepas itu, biarkan dirinya melompat keluar lagi sehingga patah kaki.
PAS akan tetap selamat, selagi Islam menjadi jasad dan rohnya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Sya‘ban 1442 / 17 Mac 2021
No comments
Post a Comment