Oleh Yusoff Ahmad Shariff
BANDAR raya Beijing diliputi debu tebal hari ini setelah mengalami apa yang disifatkan oleh biro kaji cuaca negara itu sebagai ribut pasir paling buruk dalam 10 tahun.
Ribut tersebut menyebabkan pencemaran udara mencecah sehingga 160 kali ganda lebih tinggi daripada tahap biasa, lapor bbc.com.
Beratus penerbangan terpaksa dibatalkan setelah langit bertukar menjadi warna jingga yang menggerunkan.
Debu pasir yang meliputi serata pelosok bandar raya Beijing itu ditiup oleh angin kuat dari kawasan pedalaman Mongolia.
Sementara itu, di Mongolia kejadian ribut pasir dilaporkan telah menyebabkan sekurang-kurangnya enam kematian dan berpuluh orang hilang.
Media China Global Times melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 12 wilayah di negara itu, termasuk Beijing telah terkesan dengan keadaan buruk yang dijangka berlarutan hingga lewat malam ini.
No comments
Post a Comment