NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan penuh Amir ISMA sempena Mesyuarat Agung Perwakilan kali Ke-17






Ų§Ł„Ų³Ł„Ų§Ł… Ų¹Ł„ŁŠŁƒŁ… ŁˆŲ±Ų­Ł…Ų© Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲØŲ±ŁƒŲ§ŲŖŁ‡
Ų§Ł„Ų­Ł…ŲÆ Ł„Ł„Ł‡ Ų±ŲØ Ų§Ł„Ų¹Ų§Ł„Ł…ŁŠŁ†، ŁˆŲ§Ł„ŲµŁ„Ų§Ų© ŁˆŲ§Ł„Ų³Ł„Ų§Ł… Ų¹Ł„Ł‰ Ų£Ų“Ų±Ł Ų§Ł„Ų§Ł†ŲØŁŠŲ§Ų” ŁˆŲ§Ł„Ł…Ų±Ų³Ł„ŁŠŁ† ŁˆŲ¹Ł„Ł‰ Ų£Ł„Ł‡ ŁˆŲµŲ­ŲØŁ‡ Ų£Ų¬Ł…Ų¹ŁŠŁ†، Ų£Ł…Ų§ ŲØŲ¹ŲÆ.

Ł‚Ų§Ł„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲŖŲ¹Ų§Ł„Ł‰ ŁŁŠ Ų§Ł„Ł‚Ų±Ų§Ł† Ų§Ł„ŁƒŲ±ŁŠŁ…:
ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ Ų§ŲµْŲØِŲ±ُŁˆŲ§ ŁˆَŲµَŲ§ŲØِŲ±ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ±َŲ§ŲØِŲ·ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ§ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ْ ŲŖُŁْŁ„ِŲ­ُŁˆŁ†َ.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (di medan perjuangan lebih daripada kesabaran musuh), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan.” (Surah Ali ‘Imran: 200)

• Dua tahun yang lalu, sewaktu kita mengadakan perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16, saya telah menggariskan langkah-langkah yang perlu kita lakukan untuk menempuhi era baharu di bawah tema:

“Pelayaran Baharu Bahtera ISMA:
Menebus Kedaulatan, Menjulang Peradaban”.

• Kita telah memperincikan segenap segi yang akan membentuk susuk baharu Harakah ISMA sebagai persiapan yang perlu dilengkapi untuk tujuan itu.

• Dua tahun telah berlalu, hasil kerja keras yang dilakukan oleh kita semua, alhamdulillah, kini ISMA bersedia untuk mengibarkan layar dan mengangkat sauh, memulakan pelayaran baharu dakwah bagi mengharungi 100 tahun kedua dakwah dengan realiti baharu yang lebih mencabar.

• Untuk itu mari kita rakamkan janji setia kita, kita julang panji-panji perjuangan dan kita tulis di atasnya dengan tinta daripada emas tema keramat:

Melangkaui Keterbatasan, Menggenggam Masa Hadapan

• Hakikatnya kerja-kerja menyediakan Harakah dengan segala persiapan baharu yang diperlukan, telah bermula lebih awal dari itu. Kita telah membentuk satu pasukan khusus berbincang tentang hala tuju, sehingga terbentuk sebuah rangka tindakan (blueprint) projek seratus tahun yang kita namakan ‘Order Baru Islam 2121’ (OBI 2121).

• Kemudian kita kembangkan lagi tasawur dengan membentuk 10 pasukan pemikir yang masing-masing menyediakan rangka tindakan dalam bidang strategik yang mereka wakili.

• Seiring dengan itu, satu kertas putih ‘Tajdid Falsafah Peradaban Islam’ juga telah disiapkan. Idea besar yang kita kembangkan ini adalah berasaskan epistemologi ilmu yang kita bangunkan sendiri.

• Setelah perbincangan sampai kepada kematangannya, siri-siri wacana diadakan untuk menghasilkan 20 Objektif Strategik (20 OS), yang memberikan gambaran susuk masa hadapan dakwah ISMA untuk tempoh 20 tahun mendatang.

• Daripada 20 OS ini terhasillah satu gagasan yang kita namakan Gagasan Malaysia Unggul 2040 (MU2040). Satu gagasan yang lengkap dengan langkah-langkah strategik (LS), yang kemudiannya akan diterjemah kepada inisiatif, program dan projek (IPP).

Akhirnya, satu peta jalan yang jelas bagi mengatur peringkat-peringkat perlaksanaan seluruh gerak kerja ISMA untuk 20 tahun akan datang pula dihasilkan.

• Kini, kita telah berada di penghujung proses. Hari ini adalah hari yang cukup bersejarah buat ISMA. ISMA bakal muncul dengan susuk baharu sebagai sebuah Harakah Islamiah yang unggul, sebuah bahtera besar yang tersergam gagah sedang bersedia mengharungi gelombang fasa baharu perjuangan yang lebih mencabar, yang kita namakan ‘miawiyyah’ (100 tahun) yang kedua.

• Secara ringkas, fasa baharu ini akan bergerak mengikut rancangan yang amat jelas. Jelas pada permulaan, jelas di pertengahan dan jelas juga destinasi akhir yang hendak dituju.

• ISMA akan merealisasikan agenda tajdidnya hanya menerusi dua perancangan:

1. Order Baru Islam 2121 (OBI2121): gagasan 100 tahun yang melangkaui batas usia dan sempadan geografi.

2. Malaysia Unggul 2040 (MU2040): merupakan fasa pertama bermatlamat membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara unggul yang memiliki kuasa nasional yang bertaraf dunia dan akan menjadi tapak peradaban Order Baru Islam.

CIRI-CIRI PRINSIP GAGASAN BAHARU ISMA (OBI2121 & MU2040):

• Sebagai sebuah gagasan tajdid yang agung, yang berpaksi kukuh kepada thawabit dan terbang bebas meneroka pembaharuan, saya akan perjelaskannya berdasarkan ciri-ciri prinsip seperti berikut:

1. Rabbani

• Gagasan ini membawa idea Islam yang tulen, suci lagi murni sebagaimana yang dibawa oleh malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW, tanpa tokok tambah atau terkurang. Saya punyai sejarah tersendiri dalam memahami ciri ini, lalu saya ulang-ulangkannya dalam hampir setiap kali ucapan dasar.

2. Istisyraf mustaqbal (mengunjur masa hadapan)

• Perancangan ini digagaskan berdasarkan bacaan senario masa hadapan yang dibuat secara sistematik, saintifik dan ilmiah bagi membolehkan kita merancang ke arah menyediakan Harakah dengan segala persiapan yang diperlukan pada masa akan datang yang dijangkakan. Ia berbeza dengan cara lazim yang dipakai oleh kebanyakan gerakan sebelum ini yang setiap hari bergelumang dengan pelbagai konflik semasa dan tidak bersedia pada waktu yang memerlukan.

3. Minda menang dan pelan bersifat intervensi (bagi mencapai masa hadapan yang diinginkan)

• Kajian masa hadapan yang memberikan kepada kita gambaran tentang senario-senario yang bakal berlaku membolehkan kita membuat rangka strategi yang berbentuk pelan intervensi untuk mengubah perjalanan dunia ke arah matlamat yang kita kehendaki. Ini menjadikan Harakah benar-benar berada di kancah permainan dan melakukan perubahan yang sebenar. Tentulah langkah ini memerlukan satu generasi yang memiliki stamina yang tinggi, minda menang dan motivasi melangkaui keterbatasan (beyond limitations).

4. Syumul

• Perancangan gagasan ini yang menyeluruh merangkumi semua 10 bidang strategi yang akan menjadi pemangkin Malaysia mencapai kuasa nasional yang diharapkan. Perancangan yang diasaskan di atas falsafah peradaban Islam yang ditajdidkan, dengan pembentukan binaan tasawur baharu yang lengkap terperinci dengan prototaip sistem yang tersendiri di setiap bidang. Sebahagian dari ciri kesyumulan perancangan ini, ISMA tidak memberatkan satu sudut kuasa melebihi sudut yang lain atau mentafsirnya hanya secara lazim.

5. Tajdid peradaban

• Gagasan ini merupakan perancangan yang tersendiri (asolah) dan bukan cedokan atau ambilan dari falsafah peradaban asing. Prinsip pemisahan sistem kehidupan secara mutlak (mufasolah) dan perubahan sistem secara total (inqilab) tidak dapat dilakukan jika usaha-usaha islah dan taghyir dibuat bersumberkan peradaban asing sama ada dari (Timur atau Barat). Kefahaman-kefahaman daripada acuan sendiri juga tidak akan berlaku jika masih terpenjara dalam kerangka tersebut.

• Oleh itu, tajdid falsafah peradaban perlu dilakukan dan perancangan kepada gagasan ini bersih dari bersifat cedokan dan tempelan kepada peradaban yang asing. Tetapi ia adalah satu struktur yang lengkap bermula dari tajdid falsafah yang menerbitkan tasawur. dan tasawur membentuk sistem, kemudiannya sistem diterjamah kepada dasar dan polisi, dan seterusnya tadbir urus (governance) yang baik.

6. Global

• Perancangan gagasan ini tidak akan hidup dalam ekosistem yang menentangnya. Oleh itu, ekosistem baharu perlu diwujudkan. Ia harus bermula dengan idea wataniah Islamiyah. Negara Islam perlu dibebaskan dari suasana kerajaan berasaskan proksi kepada kuasa asing yakni al-‘amalah yang menjadikan ia tidak merdeka dari segi dasar dan polisi polisinya terikat dengan kepentingan kuasa asing.

• Selagi mana negara-negara Islam berada dalam situasi al-‘amalah ini, kerjasama antara negara-negara Islam tidak akan dapat dilakukan. Kecuali setelah wala’ dan intima’ kepada kepentingan dan kuasa asing dapat dihapuskan, barulah kerjasama antara negara-negara Islam dapat diwujudkan. Dan gagasan OBI2121 menemui jalan menuju kejayaan, sekali gus akan membantu pencapaian objektif MU2040.

7. Inqilab (perubahan sistem secara total)

• Fasa baharu ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan model dan sistem, bukan sekadar membangun kesedaran semata-mata. 100 tahun pertama gerakan Islam telah berakhir dengan hanya menyentuh perkara-perkara umum.

• Kita tidak boleh meneruskan dakwah yang umum selamanya, sebaliknya kita perlu bergerak ke arah penyediaan alternatif dan model dalam bentuk sistem, dasar dan amalan pengurusan yang betul.

• Kita perlu faham pada hakikatnya selagi sistem tidak diubah, selagi itu rejim lama akan kekal berkuasa. Perubahan rejim akan berlaku selari dengan perubahan dan pembaharuan sistem. Kerana sistem yang sedia ada itulah yang memberi keabsahan dan nafas kepada rejim lama. Inilah rahsia besar kenapa kaum kafir Quraisy menolak dakwah Rasulullah SAW kerana perubahan-perubahan akidah, sistem dan peradaban akan menghapuskan penguasaan mereka. Demikian juga sebab kenapa pembesar kaum menentang dakwah rasul-rasul terdahulu.

8. Berfasa (marhaliah) dan mempunyai peta jalan (roadmap)

• Marhaliah bukan perkataan yang asing lagi dalam kamus dakwah. Sebagaimana yang kita maklum, ia bermaksud bergerak dari satu fasa ke fasa yang seterusnya. Dalam konteks perancangan kita, OBI dibahagikan kepada lima fasa. MU2040 adalah fasa pertama.

• Dalam tempoh selama 20 tahun pertama ini juga segala langkah strategi yang kita tetapkan, kita laksanakan berdasarkan peta jalan (roadmap) tertentu yang akan menjadi ukuran dan pemandu arah kepada perjalanan kita yang jauh. Setiap fasa akan bersambung ke fasa yang seterusnya, berkembang secara sistematik fasa demi fasa sehingga lengkap terbina sebuah peradaban baharu yang diimpikan.

9. Lengkap terperinci: Objektif Strategik (OS) – Langkah Strategik (LS) – Inisiatif, Projek & Produk (IPP)

• Sekali lagi saya tekankan bahawa perancangan ini bukanlah hanya idea-idea yang dikutip dari pembacaan kepada pengalaman generasi terdahulu yang umum sifatnya dan tidak jelas kesudahannya.

• MU2040 khususnya adalah satu perancangan strategi yang lengkap yang memperlihatkan susuk akhir kepada matlamat fasa pertama kita. Ia merupakan pelan terperinci di mana setiap kita akan memainkan peranan dan fungsi secara spesifik mengikut peta jalan (roadmap) yang telah ditetapkan. Setiap inisiatif, program dan projek mestilah bersambung dengan langkah strategik tertentu. Manakala melalui langkah strategik, kita merealisasikan objektif strategik yang telah kita tetapkan. Apa yang membanggakan kita ialah kejayaan kita mengadaptasi berbagai bentuk inovasi dalam metodologi pembikinan gagasan dan perancangan kita yang tersendiri ini.

10. Realistik

• Gagasan ini dibangunkan berasaskan fakta dan kajian. Bukan sekadar suatu angan-angan (ambition). Dari awal kita merangka strategi baharu ini, kita berpandukan kepada data dan metodologi ilmu yang jelas. Jika tidak kerana sifatnya yang berpijak kepada kenyataan dan fakta, rancangan ini akan dianggap sebagai khayalan kerana jauh jangkauannya.

• Setiap Langkah Strategik (LS) dikenal pasti semaksima mungkin berasaskan kepada data dan kajian. Ia bukan semata-mata idea ataupun mimpi tetapi merupakan satu perkara yang jelas, spesifik (tertentu), dan boleh diukur yang menjadi faktor intervensi bagi mengisi jurang yang akan merubah masa hadapan ke arah yang kita inginkan. Ia merupakan kombinasi kukuh antara elemen idea, ilham atau hidayah Rabbani dengan fakta dan kenyataan.

11. Melangkaui Keterbatasan

• Ciri realistik tidak menjadikan rancangan ini terbatas atau terperangkap dalam limitasi manusiawi. Kerana ia juga adalah ilham atau hidayah petunjuk daripada wahyu Allah. Ciri rabbaninya menjadikan ia bersifat ideal dan optimistik. Percaya kepada janji Allah yang pasti, Ilmu yang meliputi segala sesuatu, kudratNya yang tidak dikalahkan, rahmatNya yang luas tanpa batasan membuatkan kita berfikir di luar keterbatasan setiap individu kita.

• Ia adalah rumusan akal yang merdeka, aspirasi (tumuhat) yang bebas terbang seperti burung-burung sebagaimana yang diungkapkan di dalam Al-Quran sebagai ‘ma yumsikuhunna illar-Rahman’ (tiada yang menggenggamnya kecuali Ar-Rahman). “Beyond limitations”. Idea Rabbani ini, Insya-Allah akan kekal hidup diwarisi oleh generasi ke generasi sehingga ke 100 tahun yang seterusnya.

12. Iltizam dengan thawabit dan anjal dengan mutaghayyirat

• Antara ciri yang menjadikan ISMA sentiasa relevan dan berkembang mengikut perkembangan masa ialah ciri manhajnya yang sentiasa seimbang. Ia tidak rigid dalam semua perkara atau cair dalam semua perkara. Ciri ini jelas kelihatan dalam pembikinan wawasan OBI2121 atau gagasan MU2040.

• Kelihatan dengan jelas keaslian idea, sumber fikrah dan ciri-ciri mufasolah, inqilab dan syumul dalam masa yang sama tidak rigid dalam menggariskan strategi dan pendekatan dalam melakukan perubahan kepada saranan-saranan yang diwarisi dari generasi terdahulu sahaja. Terbuka untuk mengadaptasi apa jua ilmu dan penemuan baru. Bahkan gagasan ini mencadangkan metodologi (kaedah) baru hampir pada keseluruhan peringkat pembikinan dan perlaksanaan strategi.

• Demikian corak kerja baharu ISMA di masa hadapan yang sistematik, inovatif, berpandukan hidayah, mementingkan ilmu, profesional dan sentiasa berkembang. Struktur baharu yang dinamik dan semangat yang sentiasa baharu (mutajjid) di luar batasan limitasi.

• Sebagai sebahagian daripada pembaharuan tersebut, hari ini kita akan melakukan perubahan terakhir kepada struktur, pertukaran portfolio dan pelantikan kepimpinan baharu di semua peringkat.

NEGARA MAJU ACUAN SENDIRI

• Aktivisme ISMA sebagai sebuah Harakah akan datang, bukan lagi tertumpu kepada putaran rutin dakwah dan tarbiah semata-mata, sebaliknya akan menjadi nadi penggerak utama dalam pembangunan masyarakat dan negara.

• Kita akan menterjemahkan idea perubahan Islam kepada gagasan pembangunan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara unggul yang kuat, maju dan berdaulat.

• Sebuah negara yang memiliki masyarakat yang berpendidikan tinggi, berkemahiran, berakhlak dan berperadaban serta sikap kelas pertama. Justeru, mendidik dan membangunkan masyarakat, khususnya bangsa Melayu dan Bumiputera akan terus menjadi tumpuan utama dakwah ISMA.

• Gagasan pembaharuan yang menganjurkan penglibatan yang aktif dalam pembangunan ekonomi umat dan negara. ISMA akan mempromosikan idea baharu sebagai alternatif kepada rancangan sedia ada yang akan memecah monopoli bangsa asing, dari terus meminggir umat serta majoriti rakyat dari arus perdana pembangunan ekonomi negara. Ekonomi yang berteraskan ummah ini seterusnya akan meletakkan negara menyaingi kekuatan ekonomi negara-negara serantau dan juga antarabangsa.

• Kita berhasrat mengubah sistem pendidikan untuk menjadi wadah pembangunan untuk semua rakyat Malaysia, merombak sistem sedia ada yang telah menjadi sebab kepada terpinggirnya majoriti orang Melayu dan rakyat daripada terlibat dalam arus perdana pembangunan negara, dan telah secara terus menerus menjamin kesinambungan monopoli golongan ‘anglophile’ dari generasi ke generasi.

• Sistem pendidikan kita selama ini memberi ruang kepada thaqafah sekular, dan menjadikan mereka yang menguasai bahasa dan budaya asing sebagai cemerlang, manakala mereka yang tidak menguasainya menjadi ketinggalan. Begitulah semenjak dari awal merdeka, orang Melayu terus ketinggalan dan menjadi mangsa kepada sistem pendidikan negara yang dicorak mengikut thaqafah dan budaya asing ini.

• Oleh itu, sistem dan orientasi pendidikan perlu diubah. Thaqafah dan ilmu perlu dimelayukan. Bangsa ini tidak perlu lagi menguasai bahasa Inggeris dan mengamalkan cara hidup Inggeris untuk menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan. Dengan itu, majoriti orang Melayu boleh menjawat jawatan penting dalam sektor awam dan juga swasta, dan terlibat dalam arus perdana pembangunan negara.

• Mafhum ilmu dan sains juga memainkan peranan penting dalam arus perdana perubahan. Kerana itu ia perlu disemak dan dikaji semula. Takrif sains kepada ilmu yang berasaskan kajian empirikal semata-mata juga telah memberi kesan yang membunuh thaqafah setempat yang menjadikan wahyu sebagai sumber ilmu dan thaqafah.

• Negara yang dibangunkan di atas dasar keilmuan yang sekular itu telah menafikan hak keilmuan yang sebenar untuk mewarnai pembangunan negara. Justeru suatu tajdid perlu dilakukan dalam definisi ilmu pengetahuan. Satu reformasi ilmu dan thaqafah yang bersifat bersepadu yang menggabungkan wahyu dan juga empirikal, dengan menegaskan bahawa kedua-duanya juga adalah sains. Dengan itu, ia akan memberi ruang kepada masyarakat tempatan untuk menjadi ahli ilmu dan mengambil bahagian dalam pembangunan negara.

• Adalah menjadi tanggungjawab ISMA untuk mempertahankan naratif peradaban Melayu dalam pembangunan negara. Mempertegas Etos (sifat dan ciri bangsa) sebagai satu bahagian penting daripada kuasa nasional. Selama lebih 60 tahun, kita telah mengadaptasi acuan barat dan akibatnya kita telah gagal. Oleh kerana itu, kita perlu bangun semula dengan naratif peradaban kita sendiri.

• Perbandaran adalah lambang kemajuan ekonomi sesebuah negara. Namun pembangunan bandar kita tidak mengikut acuan kita dan tidak menjurus kepada pembangunan ekonomi bangsa dan umat kita. Ia adalah penerusan kepada penguasaan bangsa asing terhadap ekonomi negara kita.

• Tidak ada identiti Islam mahupun Melayu yang didaulatkan, bahkan telah menjadi seolah-olah seperti bandar di negara barat, China atau India. Bukan sahaja sumber dan pengupayaan tidak dimiliki oleh bangsa kita, bahkan manfaatnya pun turut dimonopoli oleh bangsa asing.

• Apa maknanya merdeka dan apa ertinya kemajuan kepada bangsa Melayu dan Bumiputra? Hampir tidak ada apa-apa, bahkan pemilikan tanah dan ekuiti pun terlepas ke tangan asing.

• Kita tidak boleh membenarkan penerusan penjajahan melalui perbandaran ala kolonial ini terus berlanjutan. Pembangunan sebenar hendaklah membawa identiti kita dan demi kemajuan dan manfaat bangsa kita. Agenda pembandaran Islam adalah sebahagian dari idea pembangunan mengikut gagasan MU2040.

• Kerajaan boneka dan menjadi proksi kuasa asing (al-‘amalah) telah menjadikan bangsa kita bangsa yang tercicir manakala negara kita ketinggalan dan mundur dalam pelbagai segi. 60 tahun merdeka tidak membawa apa-apa kejayaan yang bermakna kepada bangsa kita. Kita mungkin senang sedikit, terlibat sedikit dalam perniagaan tetapi identiti dan masa depan kita telah menjadi hancur lebur dan kita tidak akan mampu menyaingi bangsa lain sampai bila-bila.

• Status negara kita tidak berubah. Kesetiaan kita kepada penjajah tidak juga menjadikan kita negara maju. Kita kekal dengan status negara ketiga, pengeksport komoditi, pengguna produk dan teknologi, serta bergantung kepada belas ihsan orang lain dari sudut keselamatan dan pertahanan.

• Status ini harus berubah. Adalah tidak masuk akal andainya kita masih leka, sedangkan negara-negara lain jelas akan mendahului kita. Mereka memiliki pelan pembangunan kuasa nasional yang jelas untuk mengambil posisi masing-masing menjelang 20-30 tahun ke hadapan sedangkan kita tidak mempersiapkan apa-apa. Kita masih kelam-kabut dan berputar-putar tidak tahu hendak ke mana.

• MU2040 memberi jawapan dan harapan kepada persoalan besar tentang masa hadapan Malaysia sebagai sebuah kuasa nasional yang unggul maju, kuat dan berdaulat.

• Melalui MU2040, kita berhasrat antara lain membangun penguasaan di bidang pengupayaan sumber-sumber dengan menjadikan negara ini sebuah negara industri yang dipandu oleh industri pertahanan, mengungguli bidang sains dan teknologi maklumat, analisa data raya dan lain-lain di samping memiliki keupayaan tadbir urus sosial yang cemerlang serta kelestarian sumber dan alam sekitar.

‘WUJUD SIASI’ DAN DIMENSI KUASA

• Jika dikira dari tarikh penubuhan pada tahun 1997, usia ISMA kini telah mencecah 24 tahun. Selama tempoh tersebut, ISMA telah bergelumang di medan dakwah dan tarbiah, dan kini sudah sampai masanya ISMA mengorak langkah ke arena politik pula.

• Walaupun situasi politik hari ini tidak menjadikan ISMA terlalu tergesa-gesa untuk terlibat, namun ia adalah marhalah yang perlu kita lalui. Kita telah menyaksikan penglibatan yang tidak membahagiakan oleh kawan-kawan kita di kalangan gerakan-gerakan Islam di dalam dan luar negara.

• Tanggungjawab pemerintahan bukanlah sesuatu yang mudah, tambahan pula kita berada pada situasi dunia yang amat keliru dan mencabar. Sistem dunia seluruhnya tidak memihak kepada Islam. Kalau kita tidak cukup membuat persiapan, kita akan hanya mempamerkan model-model kegagalan berbanding kejayaan.

• Seperti kata pujangga, seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama. Kita telah memulakan penglibatan kita di dalam arena politik sebelum ini dalam Pilihanraya Umum ke-13 dan kita akan meneruskan usaha ini dengan penglibatan yang lebih strategik pada masa yang akan datang. Misi kita pada fasa ini adalah bagi memastikan ‘wujud siasi’ (political existence) kita diterima, dan seterusnya mengambil posisi utama dalam percaturan politik negara sama ada disukai ataupun tidak oleh mana-mana pihak.

• Demikianlah bayangan corak kerja yang akan mewarnai aktivisme ISMA pada masa yang akan datang. Ia di luar rutin biasa ISMA sebelum ini dan melewati batasan usia.

• Ia bermula dengan kesedaran bahawa realiti dunia sedang berubah. Gerakan Islam akan memasuki fasa 100 tahun yang baharu yang memerlukan kepada tajdid. 100 tahun yang lalu adalah era kebangkitan (as-sohwah). Alhamdulillah, ia telah membawa kesedaran Islam sampai ke seluruh dunia. Namun ideanya masih belum lengkap, dan memerlukan banyak penambahbaikan untuk sampai ke destinasi.

• Dalam fasa akhir 100 tahun pertama ini, harakah Islamiah berhadapan dengan ujian kelayakan yang sebenar. Ujian dari segi keabsahan idea, keutuhan tanzim, kejelasan perancangan dan hala tuju, serta keampuhan mengharungi cabaran dan sebagainya.

• ‘Arab Spring’ dan ujian kuasa telah menjadi medan ujian (ikhtibar) yang sebenar terhadap keutuhan dan kebolehlaksanaan idea perubahan Islam. Hasil pemerhatian saya kepada apa yang berlaku, saya membuat kesimpulan bahawa harakah Islamiah rata-ratanya gagal melepasi ujian tersebut dengan selamat dan jayanya. Pengalaman menunjukkan lohong besar pada idea dan persediaan tanzim harakah untuk masuk fasa politik secara keseluruhan.

• Mereka gagal sepenuhnya dalam memahami konsep kuasa di fasa tamkin. Pemerintahan Islam tidak boleh bertahan hanya dengan berpegang kepada kuasa autoriti yang dimenangi melalui peti undi. Sebaliknya mereka mesti menguasai bidang pengaruh lain seperti media, ekonomi, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

• Bahkan, kuasa politik ada pada hari ini – dalam sistem liberal demokratik – hanya terhad kepada memberikan khidmat kepada penguasaan kapitalis semata-mata. Harakah akan terus gagal jika tidak melakukan apa-apa perubahan yang strategik dan pendekatan terhadap kuasa mengikut dimensi yang sebenar.

• Bahkan dalam sesetengah kes, pengalaman ini telah mendedahkan sisi sebenar harakah yang selama ini dianggap sempurna dalam semua segi. Kadang-kala dilihat seolah-olah seperti pecah tembelang. Harakah bukan sahaja gagal dalam menangani cabaran luaran tetapi telah menjadi hancur dari dalam dan pecah retak seribu yang tak mungkin dicantum lagi.

• Selain itu, tidak kurang juga yang memilih jalan berdamai, mengalah dan akur dengan pilihan kehendak Barat – Zionis dan Kristian – dengan menjadi liberal, ‘moderate’ dan bersedia meleburkan diri menjadi sebahagian komuniti antarabangsa di bawah telunjuk order ‘Liberty, Equality, Fraternity’. Mereka tiba-tiba menyedari diri mereka kerdil, ibarat menduga lautan dalam tetapi hanya berbekalkan kail panjang sejengkal.

• Persoalan besar yang muncul berdasarkan dapatan pengalaman ini ialah bagaimana ISMA boleh meneruskan langkah untuk menghadapi 100 tahun yang baharu dalam situasi yang sangat menekan ini?

• Mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang berlaku, ISMA telah membuat persiapan rapi secara menyeluruh dengan pakej kerja baharu yang menyeluruh melibatkan seluruh sektor kerja ISMA.

• ISMA tidak memilih jalan mengalah, sebaliknya akan tetap berpegang teguh dengan bai’ah tanpa mengubah atau mengganti apa-apa mafhum kesyumulan Islam, mufasolah (pemisahan sistem kehidupan secara mutlak) dan inqilab (perubahan sistem secara total). Keterbatasan usia, wang, tenaga dan upaya kita tidak menjadikan kita merasa kerdil, kerana motivasi dan aspirasi kita datang dari keimanan kita kepada Allah yang Maha Berkuasa.

• Kita mengambil sikap berani memasuki medan peperangan pertembungan peradaban, menolak total falsafah kekufuran yang menjadi asas peradaban barat dan mengemukakan peradaban Islam yang lebih mulia dan lebih tinggi sebagai alternatif. Ia adalah medan pertembungan yang sebenar.

Kita bersedia menawarkan satu sistem hidup baharu yang berdiri atas peradaban yang berbeza, yang akan memberikan manusia erti kehidupan yang sebenar dan kebahagiaan yang mereka dambakan.

• Dakwah di 100 tahun yang baharu tidak lagi berpada dengan sekadar retorik atau penyataan umum tanpa mengemukakan alternatif secara praktikal.

• Kita juga sering bercakap tentang acuan kita sendiri, tetapi tidak memperincikan apakah sebenarnya bentuk acuan kita itu. Kita juga bercakap tentang Islam yang syumul, tetapi tidak pernah mengemukakan apakah bentuk prototaip kepada kesyumulan itu dalam bentuk sistem yang lengkap sesuai dengan falsafah peradaban Islam.

• Oleh itu, ISMA tidak akan mengulangi kesilapan itu dan tidak akan hanya beretorik lagi. Sebaliknya, ISMA akan mengemukakan model sistem hidup yang lengkap dan menyeluruh secara terperinci berasaskan falsafah peradaban Islam yang kita telah bangunkan. Sistem hidup yang membebaskan mereka dari kongkongan Taghut dan mengangkat hakikat keinsanan mereka, memakmurkan muka bumi dan membawa mereka kepada kehidupan yang baik serta berbahagia di dunia dan juga di Akhirat.

Firman Allah:

ŁˆَŁ„َŁ‚َŲÆْ ŲØَŲ¹َŲ«ْŁ†َŲ§ ŁِŁŠ ŁƒُŁ„ِّ Ų£ُŁ…َّŲ©ٍ Ų±َّŲ³ُŁˆŁ„ًŲ§ Ų£َŁ†ِ Ų§Ų¹ْŲØُŲÆُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŲ§Ų¬ْŲŖَŁ†ِŲØُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ų·َّŲ§ŲŗُŁˆŲŖَ ŁَŁ…ِŁ†ْŁ‡ُŁ… Ł…َّŁ†ْ Ł‡َŲÆَŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَŁ…ِŁ†ْŁ‡ُŁ… Ł…َّŁ†ْ Ų­َŁ‚َّŲŖْ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų§Ł„Ų¶َّŁ„َŲ§Ł„َŲ©ُ

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan., (Surah An-Nahl: 36)

• Kita akan kemukakan sistem politik yang melindungi dan menjamin seluruh maslahah manusia, dengan tegas menolak pemusatan kuasa kepada mana-mana makhluk yang menindas, menyalahguna kuasa dan mengeksploitasi kepentingan awam untuk kepentingan peribadi dan keluarga.

• Sistem yang berasaskan bai’ah (kontrak atau perjanjian) di antara pemimpin dan umat mengikut syariat Allah. Rakyat memberikan ketaatan kepada pemimpin selama pemimpin menjalankan dan mengurus kepentingan awam mengikut syariat Allah SWT.

Firman Allah:
Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁŠَŲ£ْŁ…ُŲ±ُŁƒُŁ…ْ Ų£َŁ†ْ ŲŖُŲ¤َŲÆُّŁˆŲ§ Ų§Ł„ْŲ£َŁ…َŲ§Ł†َŲ§ŲŖِ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų£َŁ‡ْŁ„ِŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų­َŁƒَŁ…ْŲŖُŁ…ْ ŲØَŁŠْŁ†َ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŲ­ْŁƒُŁ…ُŁˆŲ§ ŲØِŲ§Ł„ْŲ¹َŲÆْŁ„ِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.” (Surah An-Nisa’: 58)

• Sistem ekonomi yang kita impikan adalah suatu sistem berasaskan pertukaran yang bebas, perkongsian keuntungan yang adil, tiada pihak yang mengeksploitasi keterdesakan pihak lain. Sistem mata wang adalah milik awam yang tidak boleh dibolot oleh sesiapa dan tiada siapa boleh mengambil kesempatan atas perniagaan mata wang tersebut.

Firman Allah:
ŁˆَŲ£َŲ­َŁ„َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų§Ł„ْŲØَŁŠْŲ¹َ ŁˆَŲ­َŲ±َّŁ…َ Ų§Ł„Ų±ِّŲØَŲ§ ۚ ŁَŁ…َŁ†ْ Ų¬َŲ§Ų”َŁ‡ُ Ł…َŁˆْŲ¹ِŲøَŲ©ٌ Ł…ِŁ†ْ Ų±َŲØِّŁ‡ِ ŁَŲ§Ł†ْŲŖَŁ‡َŁ‰ٰ ŁَŁ„َŁ‡ُ Ł…َŲ§ Ų³َŁ„َŁَ ŁˆَŲ£َŁ…ْŲ±ُŁ‡ُ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ۖ ŁˆَŁ…َŁ†ْ Ų¹َŲ§ŲÆَ ŁَŲ£ُŁˆŁ„َٰŲ¦ِŁƒَ Ų£َŲµْŲ­َŲ§ŲØُ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±ِ ۖ Ł‡ُŁ…ْ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ų®َŲ§Ł„ِŲÆُŁˆŁ†َ

Maksudnya: “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Baqarah: 275)

• Sistem sosial yang kita impikan meletakkan semua manusia sama taraf kecuali berdasarkan ilmu dan ketakwaan mereka kepada Allah SWT. Tiada kasta, tiada beza warna kulit, tiada kelebihan berdasarkan keturunan, darah dan bahasa percakapan. Semua manusia sama, yang membezakan mereka hanyalah ilmu dan ketakwaan mereka di sisi Allah SWT.

Firman Allah:
ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ُ Ų„ِŁ†َّŲ§ Ų®َŁ„َŁ‚ْŁ†َŲ§ŁƒُŁ… Ł…ِّŁ† Ų°َŁƒَŲ±ٍ ŁˆَŲ£ُŁ†Ų«َŁ‰ٰ ŁˆَŲ¬َŲ¹َŁ„ْŁ†َŲ§ŁƒُŁ…ْ Ų“ُŲ¹ُŁˆŲØًŲ§ ŁˆَŁ‚َŲØَŲ§Ų¦ِŁ„َ Ł„ِŲŖَŲ¹َŲ§Ų±َŁُŁˆŲ§ ۚ Ų„ِŁ†َّ Ų£َŁƒْŲ±َŁ…َŁƒُŁ…ْ Ų¹ِŁ†ŲÆَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų£َŲŖْŁ‚َŲ§ŁƒُŁ…ْ

Maksudnya: “Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu.” (Surah Al-Hujurat: 13)

Rasulullah SAW juga bersabda di dalam khutbahnya semasa Haji Wada’:

ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ُ Ų£َŁ„َŲ§ Ų„ِŁ†َّ Ų±َŲØَّŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ§Ų­ِŲÆٌ ŁˆَŲ£َŁ†َّ Ų£َŲØَŲ§ŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ§Ų­ِŲÆٌ Ł„َŲ§ ŁَŲ¶ْŁ„َ Ł„ِŲ¹َŲ±َŲØِŁŠٍّ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų¹َŲ¬َŁ…ِŁŠٍّ ŁˆَŁ„َŲ§ Ł„ِŲ¹َŲ¬َŁ…ِŁŠٍّ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų¹َŲ±َŲØِŁŠٍّ ŁˆَŁ„َŲ§ Ł„ِŲ£َŲ³ْŁˆَŲÆَ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų£َŲ­ْŁ…َŲ±َ ŁˆَŁ„َŲ§ Ł„ِŲ£َŲ­ْŁ…َŲ±َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų£َŲ³ْŁˆَŲÆَ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲØِŲ§Ł„ŲŖَّŁ‚ْŁˆَŁ‰

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Ketahuilah bahawa Tuhan kamu adalah satu, dan bapa kamu adalah satu (Nabi Adam AS); dan tiada kelebihan orang Arab ke atas orang ‘ajam atau orang ‘ajam ke atas Arab, atau orang kulit hitam ke atas yang berkulit merah atau sebaliknya, kecuali menurut nilaian takwa,” (Hadith Riwayat Ahmad)

• Kita juga menyedari cabaran besar harakah Islamiyah di 100 tahun yang baharu ialah penyatuan amal Islami di peringkat global, mempertahankan dan menyuburkan idea kebangsaan Islam (wataniah Islamiyah) dan mewujudkan pelbagai projek koordinasi yang menyeluruh dalam segenap bidang strategik.

• Justeru, ISMA harus memikirkan strategi yang menyeluruh dalam pembangunan amal Islami di peringkat antarabangsa dan membina platform yang boleh membantu mereka dalam pembangunan negara sesuai dengan situasi negara masing-masing.

• Kita akan buktikan bahawa Islam dengan falsafah peradabannya yang tersendiri akan dapat melahirkan sistem hidup yang menyeluruh, mengangkat martabat keinsanan manusia, memberikan mereka hidup yang baik (tayyibah) dan menjamin kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan Akhirat.

Firman Allah:
Ł…َŁ†ْ Ų¹َŁ…ِŁ„َ ŲµَŲ§Ł„ِŲ­ًŲ§ Ł…ِّŁ† Ų°َŁƒَŲ±ٍ Ų£َŁˆْ Ų£ُŁ†Ų«َŁ‰ٰ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ł…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ٌ ŁَŁ„َŁ†ُŲ­ْŁŠِŁŠَŁ†َّŁ‡ُ Ų­َŁŠَŲ§Ų©ً Ų·َŁŠِّŲØَŲ©ً ŁˆَŁ„َŁ†َŲ¬ْŲ²ِŁŠَŁ†َّŁ‡ُŁ…ْ Ų£َŲ¬ْŲ±َŁ‡ُŁ… ŲØِŲ£َŲ­ْŲ³َŁ†ِ Ł…َŲ§ ŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§ ŁŠَŲ¹ْŁ…َŁ„ُŁˆŁ†َ (97)

Maksudnya: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan,” (Surah An-Nahl: 97)

• Peradaban berasaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab akan memberikan kemerdekaan sebenar kepada manusia, mengangkat hakikat keinsanan dan menghalang wujudnya pemusatan kuasa pada seseorang individu kapitalis yang mengeksploitasi seluruh sistem hidup untuk menindas manusia lain demi kesenangan dirinya sendiri sahaja.

PERUBAHAN YANG PASTI, MASA HADAPAN DALAM GENGGAMAN

• Perubahan pasti akan berlaku dengan izin Allah, Insya-Allah. Kita akan terus bekerja ke arah perubahan tersebut. Kita perlu menyedarkan umat untuk berfikir dengan bersungguh-sungguh tentang realiti yang telah membawa mereka kepada kesengsaraan ini.

Firman Allah:

ŁˆَŁ…َŁ†ْ Ų£َŲ¹ْŲ±َŲ¶َ Ų¹َŁ† Ų°ِŁƒْŲ±ِŁŠ ŁَŲ„ِŁ†َّ Ł„َŁ‡ُ Ł…َŲ¹ِŁŠŲ“َŲ©ً Ų¶َŁ†ŁƒًŲ§ ŁˆَŁ†َŲ­ْŲ“ُŲ±ُŁ‡ُ ŁŠَŁˆْŁ…َ Ų§Ł„ْŁ‚ِŁŠَŲ§Ł…َŲ©ِ Ų£َŲ¹ْŁ…َŁ‰ٰ

Maksudnya: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta,” (Surah Taha: 124)

• Mereka perlu faham bahawa nasib yang menimpa mereka pada hari ini adalah akibat tersalah memilih ‘arah kiblat’ dan mengabaikan peradaban sendiri.

• Semenjak kita merdeka sehingga ke hari ini, sebagai satu bangsa dan satu umat, kita seharusnya bertanya ke manakah hala tuju kehidupan kita ini? Ke manakah pemimpin-pemimpin politik yang berkeliaran ini ingin membawa kita?

• Adakah agenda yang ditawarkan oleh parti-parti yang ada akan membawa kita ke jalan hidup yang dikehendaki, menjamin kebahagiaan dan membawa kita ke mercu kejayaan yang diidam-idamkan?

• Atau mereka itu sebenarnya kosong, hanya mengeksploitasi kejahilan kita untuk kepentingan diri mereka sendiri dan kita kekal hidup dalam kesengsaraan dibuai janji-janji palsu?

• Kebanyakan parti-parti yang ada semuanya tidak memiliki agenda yang sebenar kecuali gula-gula untuk meraih undi dalam pilihan raya. Mereka kosong dan tidak kenal hakikat Tuhan. Orang yang tidak kenal Tuhan tidak tahu jalan menuju Tuhan. Orang yang tidak tahu jalan kebahagiaan tidak akan mampu membawa orang lain menuju kebahagiaan.

• Kita perlu bekerja keras memahamkan umat tentang agenda perubahan kita yang lengkap yang bakal merubah wajah negara Malaysia menjadi sebuah negara yang unggul, maju, berkuasa dan berdaulat. Kita akan menukar persepsi umum bahawa anglophile dan proksi penjajah sebenarnya yang retorik, palsu dan kosong.

• Mari kita berikrar dengan izin Allah SWT, 20 tahun lagi kita akan merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk menjadi negara maju dengan acuan sendiri. Hanya kejujuran dan keikhlasan yang akan membawa kita kepada kejayaan.

Firman Allah:

ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ Ų§ŲµْŲØِŲ±ُŁˆŲ§ ŁˆَŲµَŲ§ŲØِŲ±ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ±َŲ§ŲØِŲ·ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ§ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ْ ŲŖُŁْŁ„ِŲ­ُŁˆŁ†َ.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman. Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan),” (Surah Ali ‘Imran: 200)

• Nifak, kepalsuan dan ‘amalah (tali barut) akan membawa kita kepada kemusnahan. Allah berfirman di dalam Al-Quran tentang golongan ini:

ŁŠُŲ®َŲ§ŲÆِŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŲ§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ ŁˆَŁ…َŲ§ ŁŠَŲ®ْŲÆَŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų£َŁ†ŁُŲ³َŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŁ…َŲ§ ŁŠَŲ“ْŲ¹ُŲ±ُŁˆŁ†َ

Maksudnya: “Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya,” (Surah Al-Baqarah: 9)

CABARAN KITA

• Cabaran kita yang sebenar dan hakiki adalah untuk melihat sejauh mana kita sebagai kumpulan pengasas ini mampu menterjemah corak kerja baharu ISMA ini kepada kenyataan dan merealisasikan perancangan strategi yang lengkap ini kepada bentuk tindakan yang berkesinambungan dari generasi ke generasi.

• Sebahagian besar gerak kerja baharu yang akan kita lakukan, bukanlah kerja-kerja yang biasa kita lakukan. Ia adalah gerak kerja baharu yang memerlukan kemahiran-kemahiran baharu.

• Kita perlu melakukan perubahan atau anjakan paradigma yang sebenar dengan menghayati ciri-ciri prinsip dan tujuan besar di sebalik gagasan ini. Jika tidak berlaku anjakan paradigma yang hakiki dalam kita berurusan dengan perancangan strategi ini, kita akan kembali kepada titik asal, berputar pada rutin yang sama, dan hanya bertukar istilah dan slogan baharu semata-mata.

• Perancangan yang besar ini tanpa keimanan jiwa, kekuatan kehendak, kesetiaan kepada prinsip dan semangat sedia berkorban, ia akan menjadi seperti fatamorgana yang memberikan gambaran yang menjanjikan tetapi pada hakikatnya tidak ada apa-apa. “Yu’tika as-surah wa yamna’uka al-haqiqah”.

Firman Allah:
ŁˆَŲ„ِŲ°ِ Ų§ŲØْŲŖَŁ„َŁ‰ٰ Ų„ِŲØْŲ±َŲ§Ł‡ِŁŠŁ…َ Ų±َŲØُّŁ‡ُ ŲØِŁƒَŁ„ِŁ…َŲ§ŲŖٍ ŁَŲ£َŲŖَŁ…َّŁ‡ُŁ†َّ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų„ِŁ†ِّŁŠ Ų¬َŲ§Ų¹ِŁ„ُŁƒَ Ł„ِŁ„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ų„ِŁ…َŲ§Ł…ًŲ§ Ł‚َŲ§Ł„َ ŁˆَŁ…ِŁ†ْ Ų°ُŲ±ِّŁŠَّŲŖِŁŠ Ł‚َŲ§Ł„َ Ł„َŲ§ ŁŠَŁ†َŲ§Ł„ُ Ų¹َŁ‡ْŲÆِŁŠ Ų§Ł„ŲøَّŲ§Ł„ِŁ…ِŁŠŁ†َ

“Dan ingatlah, ketika Tuhannya menguji Ibrahim dengan kalimah-kalimah, lalu Ibrahim menyempurnakannya. Allah berkata kepadanya, ‘Aku menjadikan engkau Imam kepada manusia seluruhnya.’ Berkata Nabi Ibrahim, ‘dan anak anak cucuku juga.’ Allah menjawab, ‘janjiku tidak termasuk mereka yang zalim.,” (Surah Al-Baqarah: 124)

• Ia adalah kalimah yang wajib kita sempurnakan. Apabila kita berjaya melaksanakan kalimah-kalimah ini, Insya Allah, Allah akan memberikan kita kemenangan dan melantik kita untuk menjadi pemimpin.

• Paradigma baru yang melihat dakwah dalam kerangka strategi yang luas dan terperinci, beranjak dari fasa dakwah dan tarbiah kepada agenda pembangunan umat, merekrut yang terbaik di kalangan umat pada posisi strategik, mampu memobilisasi sumber, mengisi jurang, mengemukakan solusi, menggarap sokongan masyarakat, membangunkan sistem, merubah status quo, menguasai paksi-paksi kuasa, dan memiliki keupayaan untuk menjaga keselamatan perancangan dan mempertahankan kemenangan.

• Akhir sekali, saya berharap wawasan dan gagasan besar ini menjadi tali yang mengikat kesatuan kita. Sifatnya yang terperinci dapat menghindar dari berlaku pemusatan kepada ijtihad individu atau kumpulan. Intima’ kita kepada Harakah adalah dalam kerangka strategi yang luas ini. Semua ahli dalam mana-mana agensi atau wajihah hendaklah jelas ketaatan dan intima’nya kepada kepimpinan Harakah, dan pegangannya kepada strategi dan hala tuju Harakah yang telah digariskan. Semua wadah dan agensi memainkan peranan masing-masing dalam kerangka strategi tersebut.

• Mudah-mudahan kita diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT serta disokong oleh kekuatanNya yang tidak terbatas.

Firman Allah:
ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ Ų„ِŁ†ْ ŲŖَŁ†ْŲµُŲ±ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁŠَŁ†ْŲµُŲ±ْŁƒُŁ…ْ ŁˆَŁŠُŲ«َŲØِّŲŖْ Ų£َŁ‚ْŲÆَŲ§Ł…َŁƒُŁ…ْ

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu dan menetapkan tapak-tapak kaki kamu,” (Surah Muhammad: 7)

Ų£Ł‚ŁˆŁ„ Ł‚ŁˆŁ„ŁŠ Ł‡Ų°Ų§ ŁˆŲ£Ų³ŲŖŲŗŁŲ± Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų¹ŲøŁŠŁ… Ł„ŁŠ ŁˆŁ„ŁƒŁ…، ŁˆŲ§Ł„Ų³Ł„Ų§Ł… Ų¹Ł„ŁŠŁƒŁ… ŁˆŲ±Ų­Ł…Ų© Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲØŲ±ŁƒŲ§ŲŖŁ‡.

“Melangkaui Keterbatasan, Menggenggam Masa Hadapan”

Ustaz Haji Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, SMT
Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo