NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan buat keputusan silap agar UMNO tidak kecundang PRU-15




27 MAC : Jawantankuasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 diharapkan dapat membuat satu keputusan yang terbaik dan bijak yang bukan sahaja untuk rakyat, namun kepentingan parti itu perlu diutamakan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ini perlu dilaksanakan secara teliti dan tepat agar UMNO tidak kecundang sekali lagi ketika Pilihanraya Umum diadakan.

“Kita serah sahaja namun keputusan dibuat esok penentu masa depan UMNO. Jadi, maknanya keputusan kalau kita buat keputusan berjaya dan betul, kita akan menang PRU dan baik untuk parti.

“Namun kalau kita buat keputusan salah, maka UMNO sekali lagi kalah, maka amat sukar untuk kita bangun semula ketika itu,” katanya ketika ditemui media di Dewan Mawar, PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa jawatan perdana menteri hanya untuk parti itu, Zainul melihat tidak salah untuk Mohamad berpandangan sebegitu dan seharusnya disahut namun UMNO terlebih dahulu perlu memenangi PRU-15.

“Tiada masalah bagi UMNO untuk jadi Perdana Menteri jika UMNO menang dalam pilihanraya..kita belum menang lagi dalam pertandingan itu. Tok Mat (Muhamad) kata itu betul namun kita mesti menang PRU terlebih dahulu.

“Namun untuk bergabung dengan sesiapa, boleh ke PAS terima, GPS terima. Jadi kita lihat tokoh Perdana Menteri ini di kalangan UMNO mesti diterima. Kita kena cari tokoh yang diterima bukan sahaja dari ahli akar umbi dan kepimpinan tetapi juga rakyat,”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo