NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hubungan dengan Umno: Bersatu akan putuskan petang ini, kata Hamzah


Bersatu akan membincangkan hubungannya dengan Umno petang ini, maklum Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin.

Katanya, kedudukan Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan turut dibincangkan.

Ini selepas Umno menghantar surat, mengatakan jalinan kerjasama dengan Bersatu akan berakhir sebaik sahaja pilihan raya ke-15 bermula.

Hamzah Zainudin berkata mesyuarat majlis tertinggi PN bersama pemimpin dari PAS, Star, SAPP, dan Gerakan akan datang juga akan membincangkan perkara ini.

“Sehubungan itu, Biro Politik Bersatu mengambil ketetapan bahawa pendirian Bersatu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu pada petang ini, 4 Mac 2021 (Khamis) dan pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang,” katanya.

Pada masa ini Umno mempunyai lapan menteri dalam kabinet PN, serta ramai pemimpin dan ahli parlimen Umno memegang jawatan dalam agensi kerajaan dan GLC.

Hamzah pada kenyataannya pagi ini, mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar surat itu pada 26 Februari.

Dia juga mengesahkan Majlis Tertinggi Umno telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam mesyuaratnya di Janda Baik, Pahang pada 19 Februari.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo