KUALA LUMPUR: Dua individu maut manakala dua lagi cedera parah selepas struktur kren tumbang lalu menghempap sebuah kenderaan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.45 pagi.
Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-maut-dua-lagi-parah-dalam-insiden-kren-tumbang-di-lebuh-raya-suke-289338
No comments
Post a Comment