NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cara Betul Periksa Tekanan Darah di Rumah

 


TEKANAN darah tinggi atau hipertensi adalah penyakit yang biasanya tidak menunjukkan gejala jelas, sekali gus ia tidak dapat dikesan dengan lebih awal.

Diet yang tidak teratur dan gaya hidup tidak aktif adalah dua punca utama penyakit tekanan darah tinggi ini boleh terjadi.

Faktor lain yang menjadi punca tekanan darah tinggi ini termasuk faktor usia, keturunan, pengambilan natrium (garam) berlebihan, ketagihan arak, diabetes dan obesiti.

Namun, dengan mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat dengan bersenam, mengamalkan diet seimbang, menurunkan berat badan dan berhenti merokok, ia mampu mencegah dari seseorang individu itu menghidap tekanan darah tinggi.

Disebabkan tekanan darah tinggi ini tidak mempunyai simptom, cara terbaik mengesan tekanan darah tinggi adalah mengawasi bacaan tekanan darah.

Oleh itu, bagi mengurus penyakit tekanan darah tinggi ini adalah disyorkan memeriksa tekanan darah dengan lebih kerap dan mempunyai mesin pemantau tekanan darah sendiri di rumah.

Ia bagi mengetahui sekiranya ada sebarang lonjakan dalam bacaan dan sebagai rekod untuk memantau secara konsisten.

Bagaimanapun, satu daripada tiga orang yang mengukur tekanan darah mereka menggunakan monitor tekanan darah di rumah dengan cara yang salah.

Oleh itu, cara betul memantau tekanan darah ialah dengan memakai gelang tangan dengan betul untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

Selain itu, tekanan darah perlu diambil pada masa sama setiap hari.

Pengguna digalakkan mengambil ukuran tekanan darah satu jam selepas bangun dan sebelum waktu tidur.

Duduk di kerusi, tegakkan belakang dan bertenang juga cara yang betul serta penting mencatat tarikh dan masa untuk semua bacaan tekanan darah diambil.

Bagi mereka yang disahkan mengalami tekanan darah tinggi, seeloknya membeli satu mesin tekanan darah dan diletakkan di rumah.

Mesin itu bukan untuk kegunaan pesakit saja tetapi juga ahli keluarga turut sama dapat menggunakannya.

Namun, pemilihan mesin pemantau tekanan darah juga penting.

Antara kriteria terbaik dalam pemilihan ialah jenama dipercayai, disahkan secara klinikal, saiz gelang tangan yang sesuai dan dicadangkan profesional.

Salah satu jenama yang nyata terbaik untuk memantau tekanan darah adalah Mesin Pemantau Tekanan Darah Omron yang bukan saja disahkan secara klinikal tetapi juga mempunyai ketepatan dalam pemeriksaan tekanan darah.

Bagi yang ingin memiliki mesin pemantau tekanan darah yang dipercayai, Omron antara pilihan terbaik. Menariknya, dengan menggunakan promo kod ORJPNRM20, pembeli boleh mendapatkan RM20 diskaun di atas setiap pembelian Mesin Pemantau Tekanan Darah Omron JPN500 buatan Jepun dari E-store Farmasi Caring. https://estore.caring2u.com/omron-automatic-pressure-monitor-jpn500.html

Promo ini bermula hari ini sehingga 19 Mac ini saja. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.omronhealthcare-ap.com/mychooseomron.

- HMetro

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo