Dalam siri temubual dengan Utusan Malaysia, ketua pembangkang berkata beberapa pertemuan tidak rasmi diadakan dengan pemimpin Umno, dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.
Anwar berkata hasilnya “positif” namun menegaskan sebarang kerjasama bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama berteraskan “idealisme”.
“Dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (Umno), dan mereka lebih faham kita,” katanya.
“Maka kalau kemungkinan kerjasama kita, yang kita lakukan dengan Amanah dan DAP, dan kini dengan Umno yang sehaluan ini, kalau mereka (Umno) terima landasan ini, ia landasan berteraskan idealisme.”
Beliau bagaimanapun tidak menamakan pimpinan Umno dalam siri perbincangan awal itu.
Dalam temubual itu, Anwar diminta memberi pandangannya tentang dua pemimpin utama Umno, bekas perdana menteri Najib Razak dan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, yang ketika ini sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.
“Najib semasa menjadi perdana menteri dianggap mempunyai kewibawaan melaksanakan beberapa program, tetapi dia harus berdepan dengan isu pertuduhan sekarang dan menjawab,” kata Anwar.
Manakala “Zahid nampak lebih kepedulian terhadap masyarakat, sangat kuat. Tetapi dalam setiap pertuduhan itu dia kena jawablah di mahkamah.”
No comments
Post a Comment