SERING manusia mengulangi perilaku sejarah seperti disebut dalam peribahasa Inggeris, “History repeats itself”.
Salahkah Machiavelli, pemikir politik Itali abad ke-16? Kata Machiavelli, segalanya harus diperalat termasuk agama untuk menjayakan matlamat menghalalkan cara. Machiavelli mengambil contoh dari Numa Pompilius yang memimpin Rom dengan menjinakkan sebuah masyarakat yang ganas dengan cara yang harmoni.
Pompilius memakai agama sebagai ‘tunjang paling perlu bagi setiap masyarakat yang beradab’.
Namun kepada Machiavelli, dorongan pertamanya bukanlah agama. Tidak juga untuk mendekatkan diri kepada kebaikan, melainkan semata-mata dorongan politik. Nilai-nilai yang dianjurkan Tuhan katanya tidak penting.
Tak hairanlah bila pengagum Machiavelli menyebutnya sebagai irrisor et atheos: “seorang ateis yang membawa satira dalam falsafahnya tentang kuasa”.
Begitupun Machiavelli tidak salah. Dia membongkar apa yang nyata dalam kehidupan politik bahawa keunggulan ditentukan tafsirannya oleh siapa di dunia ini menang atau ingin menang.
Namun kita masih boleh menunjukkan Machiavelli tidaklah sempurna: Hidup di dunia tidak hanya bersandarkan kuasa semata-mata. Pengalaman menunjukkan kehidupan juga mempunyai momen yang unggul.
Walaupun bertunjangkan kuasa, harus diselitkan tanggungjawab untuk berlaku adil kepada orang lain. Iaitu rakyat agar tidak terjadi dek penangan `gajah sama gajah berlaga, pelanduk mati di tengah-tengah’.
UMNO hari ini perlu terima kenyataan dan hakikat. Kumpulan yang bermasalah dalam parti itu - yang disebut `kluster ini, kluster itu’ - andai jika masih sayangkan UMNO, berjiwa besarlah. Bukannya untuk mereka ini keluar UMNO, tetapi jangan bertanding dalam pilihan raya umum ke-15.
Jika mahu mainkan peranan memenangkan UMNO, raikan tanggungjawab tersebut. UMNO ada 3.6 juta ahli, tetapi pengundi Malaysia keseluruhan setakat Ogos 2020 mencecah 15 juta. Ada baki 11.4 juta orang yang bukan ahli, itupun tak pada Mei 2018 terbukti keahlian parti teramai bukan penentu kemenangan. Tumpas kepada parti-parti yang ratus-ratus ribu sahaja keanggotaannya.
Senario politik hari ini berubah amat drastik. Pemimpin yang khususnya duduk dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu termasuk menteri besar dan menteri kanan beri peluang dan ruanglah kepada orang lain. Yang terpalit dengan skandal, inilah masanya cerminkan keikhlasan dan perjuangan anda.
Pada masa sama, pemimpin Pas pula janganlah anggap diri itu `suci bersih’ sahaja. Kalau duduk rumah, tak buat kerja, memanglah suci bersih. Tapi malangnya, ada kalangan pemimpin Pas yang mula naik hari ini, tiba-tiba terus ‘berlumut dengan kekotoran’. Ada segelintir sudah ada ‘anak menantu uruskan bisnes di tempat strategik’. Bukan suatu yang menghairankan era ini.
Serupa juga dengan UMNO, mereka dari kalangan kepemimpinan Pas yang ‘lama-lama’, eloklah berundur. Beri peluang kepada pimpinan generasi baharu.
Khusus untuk UMNO, berilah ruang kepada Khairy Jamaluddin (KJ), Shahril Sufian Hamdan dan Asyraf Wajdi Dusuki. Jika ada orang mengata mereka tak cukup pengalaman, ambil contoh Jocelyn Yow, 25, wanita yang mempunyai susur-galur dari Malaysia tempoh hari. Bukankah dia dilantik sebagai Datuk Bandar Eastvale, bandar di wilayah Riverside, California pada Disember tahun lalu. Takkanlah KJ misalnya yang sudah masuk usia 45 tahun tidak boleh diberi peluang keemasan ini?
Untuk bersaing dalam caaran politik yang sengit hari ini, UMNO harus pilih mereka yang benar-benar komited kepada parti. Bukannya yang lari dari perjuangan. Bukan juga seperti pemimpin yang bila UMNO karam pada 9 Mei 2018, dia lari dan tinggalkan saf kepimpinan parti. Pemimpin macam ini elok jauhi diri dari UMNO.
Hari ini rakyat dambakan fakta serta bukti kewibawaan pemimpin. Sayangnya, kebanyakan yang jadi menteri belum cukup ampuh. Malah sebilangannya belum capai KPI nya.
Orang UMNO tidak nafikan ada golongan yang digelar `pengkhianat’ parti yang lompat ke Bersatu. Itu takdir yang berlaku. Sebahagian yang masuk Bersatu pun, ada alasan tersendiri dan masalah peribadinya.
Cuma kata Sam Waterston: “If you’re not moving forward, you’re falling back”. Maka semua pihak dalam politik waktu ini perlu berlapang dada. Sesuaikan diri dengan keadaan pandemik Covid-19 dan norma baharu.
Seperti mana kes wakil-wakil rakyat UMNO yang menang. Apa salahnya kalau UMNO berkompromi dengan Pas-Bersatu dari aspek agihan kerusi. Lebih baik ambil langkah setapak ke belakang, untuk maju dua tiga tapak buru kejayaan. Mungkin ada formula 50-50 untuk pembahagian kerusi-kerusi yang bertindan antara tiga parti Melayu ini.
Kalau ikut teori daripada kalangan orang UMNO dan Perikatan Nasional sendiri, kebarangkalian untuk Melayu-Islam menang lebih tinggi jika dapat dihalakan formula pertandingan dua penjuru. Sekiranya tiga penjuru, berulang baliklah tragedi 2018.
Pilihan raya negeri (PRN) Sabah 26 September 2020 adalah contoh terbaik bagaimana agihan kerusi (walaupun kesaksamaan tidak cenderung ke arah Bersatu) telah membuktikan kesepakatan UMNO-Pas-Bersatu itu berbaloi. Ia sekali gus mengakibatkan pengundi atas pagar lari lintang pukang. Kini rakyat Sabah gembira, kerajaan negeri diterajui Datuk Seri Hajiji Noor berjalan lancar.
Sudah hendak masuk tahun ketiga sejak UMNO/BN tumbang Mei 2018, kelihatan belum ada iktibar yang diambil. Bukankah UMNO terpaksa menjadi pembangkang, tetapi diizinkan-Nya hanya sekejap dalam 22 bulan untuk menjadi kerajaan semula. UMNO masih tidak dapat rentak semasa menjadi `pembangkang untuk menang’. Meskipun sering dicanangkan angka kemenangan 7-0 yang diraih dalam siri pilihan raya kecil (PRK) pasca PRU-14 menerusi Muafakat Nasional, UMNO tidak boleh mendabik dada. Jangan terlalu `terpana’ kerana kalau ada orang UMNO sendiri terpaksa akui dan berterus terang bahawa “kepimpinan atas parti hari ini tampak membawa gaya dan haluan kepimpinan masing-masing.
Perhatikan Bersatu. Diam-diam berisi. Senyap-senyap bagus. Tak bising-bising. Kerja jalan, suatu vaksin yang sangat positif. Tampak strategic thinking itu pada Bersatu. Siapa sangka Proklamasi Darurat tiba-tiba timbul di benak fikiran, lantas diisytiharkan?
Yang penting dalam mana-mana strategi - keberanian untuk buat keputusan. Dalam hal ini, setakat ini benda itu belum ada pada UMNO. Bersatu pula ada ketika mengakui kelemahan yang ada, tetapi parti yang dikatakan baru setahun jagung itu memiliki strategi dan taktikal ad-hoc yang tajam.
Lihat Bersatu, dalam diam-diam mereka bikin kerja. Muncul penubuhan PN peringkat negeri di Terengganu, Johor dan Selangor serta tempat-tempat strategik.
Malah, adegan-adegan dalam filem arahan Allahyarham P.Ramlee wajar dijadikan teladan jangan hentam keromo dalam isu soal agihan kerusi UMNO-Pas-Bersatu.
Dalam adegan filem Nujum Pak Belalang terbitan tahun 1959, dua pelakonnya, Allahyarham
Aziz Sattar (Badan) sedang membahagikan barang rompakan (duit syiling) dengan
Allahyarham S.Shamsuddin (Nyawa) dalam gua.
Badan: 1 untuk engkau, 1 untuk aku. 2 untuk engkau, 2 untuk aku. 3 untuk engkau, 3
untuk aku. Lepas tiga berapa??
Nyawa: Hentam sajalah...
Badan: Hentam sajalah untuk engkau, hentam sajalah untuk aku. Lepas hentam sajalah??
Nyawa: Bedal daa...
Badan: Bedal daa untuk engkau. Bedal daa untuk aku. Lepas bedal daa??…
Jika adegan di atas dituruti, bak kata orang tua-tua `menangis air mata darahpun tak berguna’ pada malam keputusan PRU-15 nanti.
UMNO belum ada lampu Aladdinnya. Lampu aladdinnya ada pada kesepakatan parti itu dengan Bersatu dan Pas.
Jom UMNO, BERSATU dan PAS, kita bergabung demi masa depan Islam dan Melayu!
***Datuk Dr. Ahmad Faris Abdul Halim ialah Penganalisis Isu-isu semasa
Aziz Sattar (Badan) sedang membahagikan barang rompakan (duit syiling) dengan
Allahyarham S.Shamsuddin (Nyawa) dalam gua.
Badan: 1 untuk engkau, 1 untuk aku. 2 untuk engkau, 2 untuk aku. 3 untuk engkau, 3
untuk aku. Lepas tiga berapa??
Nyawa: Hentam sajalah...
Badan: Hentam sajalah untuk engkau, hentam sajalah untuk aku. Lepas hentam sajalah??
Nyawa: Bedal daa...
Badan: Bedal daa untuk engkau. Bedal daa untuk aku. Lepas bedal daa??…
Jika adegan di atas dituruti, bak kata orang tua-tua `menangis air mata darahpun tak berguna’ pada malam keputusan PRU-15 nanti.
UMNO belum ada lampu Aladdinnya. Lampu aladdinnya ada pada kesepakatan parti itu dengan Bersatu dan Pas.
Jom UMNO, BERSATU dan PAS, kita bergabung demi masa depan Islam dan Melayu!
***Datuk Dr. Ahmad Faris Abdul Halim ialah Penganalisis Isu-isu semasa
No comments
Post a Comment