NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanaman selingan(companion planting) untuk durian



Menanam durian mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasil. Jika benih yang ditanam adalah benih kawin, ia akan berbuah sekitar 5 tahun untuk mendapatkan buah pertama.

Manakala pokok yang disemai dari biji pula lazimnya akan berbuah dalam jangka masa 6-10 tahun bergantung pada penjagaan serta pembajaan.

Menanam tanaman selingan merupakan satu cara untuk mendapatkan hasil lebih awal sementara menunggu pokok durian mengeluarkan buah.

Di dalam kaedah penanaman berbilang-tanaman, pokok durian dijadikan tanaman antara barisan tanaman pokok kelapa.

Antara tanaman selingan yang sesuai ditanam bersama pokok durian ialah pisang, jambu batu, rambutan, limau, avocado, ciku, ubi keledek, ubi kayu, halia, kunyit, jagung dan betik.

Pisang selalunya di tanam sebelum pokok durian ditanam. Ia menyediakan teduhan untuk pokok durian dalam 2 hingga 3 tahun pertama.

Setelah 3 tahun, pisang perlu ditebang untuk memberikan ruang kepada pokok durian untuk membesar dengan sempurna.

Pisang yang sesuai menjadi teduhan kepada pokok durian antaranya ialah pisang saba, atau dikenali juga dengan nama pisang kebatu. Ini kerana ia tahan lasak terhadap tanah yang kering dan cuaca yang berubah-ubah.

Penanaman tanaman selingan diantara pokok durian dapat menambahkan hasil pendapatan disamping dapat menjamin kebun durian terjaga dengan lebih sempurna – Sifudurian


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo