NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Abdul Hamid II, Benteng Al-Quds Yang Gagal Dirasuah.



oleh: Abdul Mu'izz Muhammad

Jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah berpunca dari pelbagai faktor. Antara faktor utama adalah kerana Uthmaniyyah enggan menggadaikan Baitul Maqdis kepada pihak Zionis.

Sultan vs Zionis.

Bermula dari tahun 1896, gerakan Zionis mendesak pihak Khilafah Uthmaniyyah agar menggadaikan Baitul Maqdis. Mereka menggunakan isu kewangan Uthmaniyyah yang semakin parah sebagai pendorong kepada perundingan.

Zionis menghantar pemimpin mereka yang bernama Theodor Herzl, untuk berunding seterusnya menawarkan pelbagai habuan kepada Sultan Abdul Hamid II.

Pemimpin Bermaruah Islam.

Dalam diari Sultan Abdul Hamid II, beliau menulis:

"Mereka (Freemason) meminta sebuah tanah atau wilayah untuk menempatkan bangsa Yahudi di Palestin dengan imbalan sejumlah harta. Tentu aku menolaknya"

Manakala dalam catatan Theodor Herzl, merekodkan secara terperinci jawapan Sultan Abdul Hamid II menolak sogokan dari pihak Zionis:

"Simpanlah duit Yahudi yang berjuta itu. Jika kerajaan ini telah runtuh, kamu boleh merampas Palestin secara percuma. Kami tidak akan berikan tanah kami melainkan setelah kamu melangkah mayat kami"

Ketika itu pihak Zionis menawarkan bayaran selama 99 tahun, berupa emas sejumlah tiga kali ganda berbanding pendapatan Uthmaniyyah.

Harga Sebuah Maruah.

Akibat dari ketegasan Sultan Abdul Hamid II, beliau dilucutkan dari takhta pada 1909. Ia merupakan hasil pakatan antara Zionis yang berselindung di sebalik British dan ejen-ejen mereka yang diserap masuk ke dalam pentadbiran Uthmaniyyah.

Anggota Kerajaan Uthmaniyyah Telah Dibeli.

Dalam ketegasan Sultan Abdul Hamid II menolak rasuah dari pihak Zionis, rupa-rupanya orang kelilingnya sudah lama kenyang dengan habuan haram tersebut. Di dalam diari Sultan Abdul Hamid II, mendedahkan beberapa kekesalannya terhadap sikap tidak bermaruah yang diamalkan oleh segelintir anggota kerajaan Uthmaniyyah. Mereka terdiri di kalangan pegawai, diplomat, menteri bahkan badan intelijen Uthmaniyyah sendiri.

"Pada suatu hari aku mendapat informasi dari Musurus Pasya yang menjawat sebagai duta besar kami di London. Bahawa mantan menteri kami yang bernama Husain Auni Pasya telah menerima sogokan sejumlah wang dari British. Jika pejabat sekelas menteri yang memimpin dan memerintah negara atas nama Sultan pun berani melakukan khianat, maka pasti badan intelijennya pun telah memanipulasi informasi yang menyeleweng kepada pihak istana. Aku sedih, perihatin dan kecewa"

Dikepung.

Sultan Abdul Hamid II mengakui bahawa ada usaha di kalangan orang-orang penting di sekelilingnya untuk mensabotaj Uthmaniyyah. Namun semuanya sudah terlalu suntuk dan terlambat, menyebabkan beliau tidak sempat bertindak balas secara efektif.

"Aku merasakan kewujudan tangan-tangan asing yang tidak hanya berkeliaran di sekitarku. Tetapi telah masuk ke dalam lingkaran kuasaku. Tangan-tangan asing itu membeli para perdana menteri dan para menteriku"

Jerat Ketua Dengan Membeli Orang Keliling.

Ketika kami berbahas topik ini bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, beliau turut menceritakan senario yang lebih kurang sama berlaku ketika pencerobohan Amerika ke atas Iraq. Mengapa Iraq cukup mudah jatuh ke tangan Amerika?

Rupa-rupanya ketika itu sistem pertahanan Iraq cukup lemah dan Saddam Hussein berada dalam keadaan keseorangan kerana menteri-menterinya telah disogok oleh Amerika. Mereka berpaling tadah. Akibatnya negara dijajah dan hancur lebur hingga kini.

Sejarah Adalah Hikmah.

Dari sejarah ini, kita perlu sedar bahawa musuh bukan sekadar mengenakan tekanan berbentuk kekerasan ke atas Islam. Bahkan mereka turut menawarkan habuan yang bakal menggadai maruah dan jatidiri pendukung Islam.

Inilah yang diingatkan oleh Allah melalui surah Yasin, agar kita tidak menggadaikan diri apabila musuh menawarkan 'syafaat':

Ų„ِŁ† ŁŠُŲ±ِŲÆْŁ†ِ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ْŁ…َŁ† ŲØِŲ¶ُŲ±ٍّ Ł„Ų§َّ ŲŖُŲŗْŁ†ِ Ų¹َŁ†ِّŁŠ Ų“َŁَŲ§Ų¹َŲŖُŁ‡ُŁ…ْ Ų“َŁŠْŲ¦ًŲ§ ŁˆَŁ„Ų§َ ŁŠُŁ†Ł‚ِŲ°ُŁˆŁ†ِ
Ų„ِŁ†ِّŁŠ Ų„ِŲ°ًŲ§ Ł„َّŁِŁŠ Ų¶َŁ„Ų§Ł„ٍ Ł…ُّŲØِŁŠŁ†

"Jika Allah mengkehendaki bencana terhadapku, tidak berguna sama sekali bantuan dari mereka (musuh). Sesungguhnya jika aku begitu (menerima tawaran mereka), pasti aku berada di dalam kesesatan yang nyata" - Yasin 23-24.




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo