NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertemuan rancakkan proses perdagangan Malaysia, Indonesia - Penganalisis



KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Indonesia Joko Widodo dilihat proses merancakkan lagi proses perdagangan dua negara di samping menyelesaikan isu COVID-19.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ia sekali gus usaha melonggarkan sebarang sekatan dua negara yang menghalang peningkatan ekonomi akibat pandemik.

"Saya rasa COVID-19 memang topik utama dan kita tahu bahawa lawatan diadakan semasa COVID-19.
"Tetapi saya rasa yang utama adalah kerana mahu mengerat hubungan dan kerjasama antara dua negara dan paling penting adalah kerjasama untuk menangani COVID-19.

"Saya tidak pasti adakah ia akan melibatkan vaksin dan kerjasama dari segi perubatan dan sebagainya. Tetapi jelas saya nampak ia lebih ekonomi dan perdagangan," katanya semasa dihubungi pada Jumaat.
Muhyiddin tiba di Indonesia pada pukul 4.30 petang Khamis dan akan menamatkan lawatan rasminya dalam tempoh kurang 24 jam.

Lawatan diadakan atas undangan Presiden Indonesia itu dan ini adalah lawatan rasmi pertama Muhyiddin sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun lepas.

Dalam pada itu Dr Mohd Azizuddin berkata kerjasama sebelum ini terbukti dalam pasaran ekonomi serta keperluan Indonesia sendiri dalam kemahiran yang ada pada Malaysia untuk membangunkan perdagangan dua negara.

Beliau turut menjangkakan, sebarang lawatan Muhyiddin ke negara lain selepas ini akan bergantung kepada keperluan dan desakan ekonomi selain mencari penyelesaian dalam aspek perdagangan.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo