KESELURUHAN SAMPEL
Secara keseluruhan, ciri utama pemimpin pilihan rakyat adalah mesra rakyat, berintegriti dan berpengalaman luas
KAUM
Secara spesifik, responden Melayu cenderung mengutamakan pemimpin yang berintegriti dan berwibawa sementara kaum Cina dan India mengutamakan ciri pemimpin yang berpengalaman luas dan mesra rakyat
KUMPULAN PENDAPATAN ISI RUMAH
Semua kategori kumpulan pendapatan isi rumah secara kolektif cenderung memilih pemimpin dengan sifat utama mesra rakyat. Walaubagaimanapun golongan responden T20 turut mementingkan pemilihan pemimpin dengan ciri berwibawa dan beragama
KUMPULAN UMUR
Kebanyakan kategori umur konsisten dengan dapatan umum iaitu pemilihan ciri pemimpin yang mesra rakyat, berintegriti dan berpengalaman luas. Walaubagaimanapun, golongan umur 41-50 secara utama memilih pemimpin dengan ciri berwibawa mengatasi ciri-ciri lain
Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari website QGA: https://qgenanalysts.org/publications/
No comments
Post a Comment