NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muslihat Tommy Thomas, di sebalik bukunya


BENARKAH Tommy Thomas seorang yang bercita-cita sungguh tinggi. Benarkah selepas tercapai hajat menjadi Peguam Negara dalam kerajaan PH dahulu, cita-citanya sekarang ialah untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Cita-citanya yang diidamkan adalah untuk menjadi Menteri Kehakiman ataupun setidak-tidaknya, Ketua Hakim Negara.

Jika cita-cita menjadi Ketua Hakim Negara termakbul, maka beliau akan mencatat rekod sebagai orang bukan Melayu pertama menduduki di kerusi itu.

Saya tidak ingin mengulas mengenai bukunya My Story: Justice in Wilderness tapi ingin mengkaji akalnya, seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Beliau bukan bodoh apabila menulis buku itu.

Ramai yang hairan mengapa buku yang ditulis oleh seorang tokoh yang cukup arif mengenai undang-undang — OSA mahupun akta fitnah dan hasutan menjadi begitu kontroversi sekali — sehinggakan Tun Dr Mahathir Mohamad pun mengkritik beliau.

Tapi itulah matlamat Tommy.

Buku itu hanyalah sebagai satu muslihat ke arah mengangkat dirinya di kalangan rakyat bukan Melayu negara ini dan masyarakat antarabangsa.

Orang bukan Melayu sudah tentu mengenang budi Tommy yang berjaya membuatkan orang Melayu begitu marah kepadanya dengan dasar-dasar “AG Chambers” — yang dilihat begitu berat sebelah. Isu Muhammad Adib, isu LTTE, menggugurkan pertuduhan Lim Guan Eng dan lain-lain.

Strategi Tommy cukup bijak. Buku itu akan menjual namanya dan dirinya. Buku itu selepas pelancarannya sudah habis dijual. Ulang cetak akan dilakukan dan juga dikhabarkan sudah habis ditempah.

Pakatan Harapan berjaya melahirkan seorang lagi ikon di kalangan mereka.

Masyarakat antarabangsa yang selama ini juga mempunyai “grand design” atau “rancangan besar” terhadap negara ini juga akan mula memuja Tommy.

Kita jangan cepat melatah dengan pendedahan buku itu. Tommy kini sudah menjadi hero.

Jika KDN mengharamkan buku itu, Tommy akan menjadi (lebih) hero di kalangan masyarakat bukan Melayu, kumpulan Melayu liberal malah di kalangan para diplomat antarabangsa.

Banyak kawasan selamat yang boleh Tommy bertanding. Dan beliau akan menang dengan mudah.

Hebat strategi beliau.

— BebasNews

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo