NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lagi rakyat miskin terima bantuan beras

Oleh: Hana’ Salleh
20 Februari 2021

BATU: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 1 meneruskan lagi agihan beras melalui inisiatif MyBeras@Wilayah kepada penduduk dalam Parlimen Batu, baru-baru ini.

Lebih 20 buah keluarga dari isi rumah B40 yang menetap di sekitar Perumahan Awam Sri Perak telah menerima sumbangan tersebut.

Hadir bagi menyempurnakan agihan beras itu adalah Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merangkap Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Azhar Yahya.

Dalam majlis berkenaan, beliau berpesan agar rakyat terus menyokong segala usaha kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 ini.

“Usaha-usaha kerajaan dalam mengekang penularan Covid-19 ini juga sewajarnya disambut baik oleh semua lapisan masyarakat khususnya pelancaran Program Vaksinasi Kebangsaan yang bakal dijalankan tidak lama lagi,” ujar beliau.

Hadir sama adalah Pengerusi MPP Sub Zon 1, Samsuddin Yaacob dan beberapa orang wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo