NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Golongan B40 diberikan keutamaan miliki rumah Residensi Prihatin

– Oleh Haika Khazi

22 FEB: Golongan berpendapatan rendah (B40), keluarga muda, penjawat awan dan petugas barisan hadapan akan diberikan keutamaan untuk memiliki 40,000 unit rumah Residensi Prihatian yang akan dibina di Putrajaya dan Kuala Lumpur (KL), dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai permulaan kementeriannya bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) membangunkan sebanyak 12,253 unit Residensi Prihatin berkeluasan 750 kaki persegi melibatkan 10 tapak projek pembangunan di Putrajaya membabitkan kawasan strategik di Presint 5, 7, 11, 16 dan 19.

Menurutnya, projek berkenaan sedang dalam peringkat perancangan dengan pembinaan keseluruhannya dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

“Sebanyak 1,592 unit Residensi Prihatin Kenanga dan Melur yang akan dibangunkan dijual pada harga RM 200,0000 iaitu lebih rendah daripada harga pasaran. Kos itu tidak termasuk kos nilai tanah di Putrajaya.

“Kedua-dua Residensi itu akan dibangunkan oleh syarikat pemaju Tetuan Protasco Development Sdn. Bhd. yang menandatangani Perjanjian Pembangunan (D.A.) hari ini,” katanya pada sidang media sempena pelancaran projek Residensi Prihatin di Putrajaya secara maya hari ini.

Program Residensi Prihatin adalah salah satu program pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan yang sentiasa menjadi agenda utama KWP dalam usaha memperkukuhkan society safety net rakyat, sejajar dengan matlamat Inisiatif Wilayah Prihatin (IWP).

Pembangunan Residensi Prihatin turut meliputi kemudahan seperti surau, dewan serbaguna, tadika, taska,ruang niaga, gelanggang badminton, taman permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta berbumbung bagi memastikan persekitaran hidup yang lebih kondusif dan berkualiti

Menurut Annuar, bagi memastikan kumpulan sasar yang tepat beroleh manfaat tersebut, permohonan Residensi Prihatin ini memberi penekanan kepada pemohon bagi rumah pertama dan masih belum memiliki rumah.

“Keutamaan turut diberikan kepada penjawat awam dan pembeli yang terdiri daripada kumpulan keluarga muda terutama petugas barisan hadapan yang bertugas di Lembah Klang,” katanya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, penetapan syarat minimum 60 peratus daripada jumlah unit pembangunan ini akan diperuntukkan kepada kuota Bumiputera bagi mengatasi masalah pemilikan rumah membabitkan golongan B40.

“Individu yang lahir, menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan yang berminat untuk memiliki unit Residensi Prihatin ini, boleh membuat pendaftaran permohonan secara atas talian di portal Residensi Prihatin https://residensiprihatin.kwp.gov.my. bermula esok.

“Permohonan adalah terbuka kepada mereka yang mempunyai pendapatan kasar tidak melebihi RM5,000 sebulan dan keutamaan diberikan kepada pemohon belia yang telah berkahwin.

“Kementerian berharap pelaksanaan program di bawah Cakna Perumahan ini dapat mengatasi isu kesukaran pemilikan rumah di Wilayah Persekutuan terutama sekali kepada golongan muda,” katanya.” 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo