NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin Umum Struktur Pertukaran Nasional Selangor

SHAH ALAM: Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) Selangor, hari ini mengumumkan struktur organisasinya yang dibentuk bagi menjana kekuatan baharu, demi memperkukuhkan keyakinan rakyat.


Pengerusi BPN PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, gabungan itu komited dalam menggembleng kekuatan setiap parti komponennya bagi mewakili kerencaman masyarakat dan kepelbagaian budaya, di negeri berkenaan.

“Saya telah bertemu dengan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari dan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi pada 5 Februari lepas, bagi membincangkan mengenai pembentukan BPN PN Selangor.

“Perbincangan berlangsung dengan penuh semangat musyawarah dan memberi fokus kepada pembentukan struktur organisasi yang strategik, wibawa serta dinamik,” katanya.

Jelas Mohamed Azmin, landskap politik Selangor serta cabaran semasa, menuntut PN menampilkan politik progresif dan berpencerahan dengan fokus memperkukuh perpaduan, prihatin kebajikan, menjana pembangunan, serta pertumbuhan ekonomi mampan.

Katanya, pengalaman bekerja dengan Bersatu dan PAS dalam Kerajaan Selangor, juga pasti akan memperkukuh kekuatan dasar serta pelaksanaan gerak kerja demi masa depan negeri berkenaan, yang lebih gemilang.

“Kita akan terus memperkukuh dan memberdaya kepimpinan sehingga ke peringkat akar umbi, untuk menjamin kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat Selangor secara keseluruhannya,” katanya.

Berikut adalah struktur organisasi BPN PN Selangor:

Pengerusi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu)
Naib Pengerusi: Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS)
Naib Pengerusi: Datuk Abdul Rashid Asari (Bersatu)
Setiausaha: Muhammad Hilman Idham (Bersatu)
Penolong Setiausaha: Mohamed Senu Saad (PAS)
Bendahari: Mohd Hasnizan Harun (PAS)
Penolong Bendahari: Wan Dzahanurin Ahmad (Bersatu)
Ketua Penerangan: Shukor Mustafa (Bersatu)
Penolong Ketua Penerangan: Damanhuri Dol (PAS)
Ketua Pemuda: Hanafi Zulkapli (PAS)
Naib Ketua Pemuda: Asyraf Halim (Bersatu)
Ketua Wanita: Dr Daroyah Alwi (Bersatu)
Naib Ketua Wanita: Noraini Hussin (PAS)
Pengarah Pilihan Raya: Datuk Zuraida Kamarudin (Bersatu)

Ahli Jawatankuasa Negeri:

  1. Muslimin Yahaya (Bersatu)
  2. Mohd Shafie Ngah (PAS)
  3. Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (Bersatu)
  4. Noor Najhan Mohamad Salleh (PAS)
  5. Mohd Rusnizan Ahmad (Bersatu)
  6. Dr Mohd Fuad Mohd Salleh (PAS)
- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo