NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Awas! Menghina Islam Secara Halus


Minda Presiden PAS

AWAS! MENGHINA ISLAM SECARA HALUS

Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁƒَŲ°َŁ„ِŁƒَ Ų¬َŲ¹َŁ„ْŁ†َŲ§ Ł„ِŁƒُŁ„ِّ Ł†َŲØِŁŠٍّ Ų¹َŲÆُŁˆًّŲ§ Ų“َŁŠَŲ§Ų·ِŁŠŁ†َ Ų§Ł„ْŲ„ِŁ†ْŲ³ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ¬ِŁ†ِّ ŁŠُŁˆŲ­ِŁŠ ŲØَŲ¹ْŲ¶ُŁ‡ُŁ…ْ Ų„ِŁ„َŁ‰ ŲØَŲ¹ْŲ¶ٍ Ų²ُŲ®ْŲ±ُŁَ Ų§Ł„ْŁ‚َŁˆْŁ„ِ ŲŗُŲ±ُŁˆŲ±ًŲ§ ŁˆَŁ„َŁˆْ Ų“َŲ§Ų”َ Ų±َŲØُّŁƒَ Ł…َŲ§ ŁَŲ¹َŁ„ُŁˆŁ‡ُ ŁَŲ°َŲ±ْŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŁ…َŲ§ ŁŠَŁْŲŖَŲ±ُŁˆŁ†َŁ”Ł”Ł¢ ŁˆَŁ„ِŲŖَŲµْŲŗَŁ‰ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ų£َŁْŲ¦ِŲÆَŲ©ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł„َŲ§ ŁŠُŲ¤ْŁ…ِŁ†ُŁˆŁ†َ ŲØِŲ§Ł„ْŲ¢Ų®ِŲ±َŲ©ِ ŁˆَŁ„ِŁŠَŲ±ْŲ¶َŁˆْŁ‡ُ ŁˆَŁ„ِŁŠَŁ‚ْŲŖَŲ±ِŁُŁˆŲ§ Ł…َŲ§ Ł‡ُŁ…ْ Ł…ُŁ‚ْŲŖَŲ±ِŁُŁˆŁ†َŁ”Ł”Ł£﴾

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap Nabi itu musuh daripada kalangan syaitan-syaitan manusia dan jin, sesetengahnya membisikkan kepada sesetengah yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (112); Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya dipersetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu. (113).” (Surah al-An‘am: 112-113)

Petunjuk al-Quran yang bersifat mukjizat tetap mengkhabarkan perkara benar sepanjang zaman. Ia bukan sekadar menjadi petunjuk ketika wahyu diturunkan pada zaman hayat Rasulullah SAW yang menceritakan kisah para anbiya’ sebelumnya yang menjadi utusan Allah SWT, termasuk Rasul terakhir pada akhir zaman, Nabi Muhammad SAW dan pengikut yang meneruskan ajarannya.

Namun, iktibarnya tetap berpanjangan sehingga ke hari ini. Walaupun mereka yang bersikap anti Islam tidak mampu berhujah secara ilmu yang waras dan akal yang sihat. Mereka tetap mencari jalan untuk menyekat kebenaran Islam dan mahu memadamkan cahayanya yang tidak mungkin dapat dipadamkan sama sekali.

Kini kita berada pada zaman berlaku perang media atau perang siber yang semakin canggih dan paling canggih, apabila media dijadikan senjata terpenting kerana peranannya bukan sahaja memasuki ke dalam negeri merentasi angkasa tanpa sempadan, bahkan memasuki ke dalam rumah dan pemikiran, lalu mempengaruhi kehidupan manusia. Hanya pengamat yang tajam akal dapat mengenali hal tersebut secara terperinci.

Terdapat satu pendekatan terkini terhadap Islam, iaitu mencari kesalahan orang Islam, sama ada mereka yang tidak bersalah tetapi disebarkan fitnah atau mereka yang benar-benar bersalah dengan nyata. Namun kesalahannya dijadikan senjata untuk menikam ajaran Islam.

Setiap orang Islam percaya adanya kelemahan manusia, termasuk dalam diri penganut Islam sendiri, bahkan pengamal Islam, kerana mereka tetap bersifat manusia yang mempunyai kelemahan, bukannya malaikat. Allah SWT menunjukkan perkara ini, apabila Adam AS sendiri dapat digoda oleh syaitan dengan hikmah yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Bilangan peratus mereka yang melakukan kesalahan dalam kalangan mereka yang berpegang kepada agama tetap terlalu kurang, sekiranya dibandingkan dengan peratus orang yang tidak berpegang dengan agama yang terlalu tinggi. Bahkan bagi musuh Islam, segala perkara yang haram adalah halal bagi mereka, menyebabkan salah laku mereka tidak diambil kira sebagai suatu kesalahan, kerana inilah makna kebebasan mengikut takrif mereka.

Mereka sendiri beranggapan bahawa orang yang beragama tidak patut melakukan maksiat sepertimana mereka lakukan, kerana pada hemat mereka agamawan itu adalah orang yang bersih. Sedangkan diri mereka sendiri sememangnya jahat melakukan maksiat sehingga menjadi perkara biasa, maka mereka membesar-besarkan maksiat yang dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya sebagai seorang Muslim.

Allah SWT mendedahkan ucapan para pemimpin yang mempertahankan amalan liwat terhadap Nabi Lut AS yang menolak amalan maksiat itu di negara Sodom (LGBT) melalui firman-Nya:

﴿ŁَŁ…َŲ§ ŁƒَŲ§Ł†َ Ų¬َŁˆَŲ§ŲØَ Ł‚َŁˆْŁ…ِŁ‡ِ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų£َŁ†ْ Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆŲ§ Ų£َŲ®ْŲ±ِŲ¬ُŁˆŲ§ Ų¢Ł„َ Ł„ُŁˆŲ·ٍ Ł…ِŁ†ْ Ł‚َŲ±ْŁŠَŲŖِŁƒُŁ…ْ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُŁ…ْ Ų£ُŁ†َŲ§Ų³ٌ ŁŠَŲŖَŲ·َŁ‡َّŲ±ُŁˆŁ†َŁ„Ł¦﴾

“Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: ‘Usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci.’” (Surah al-Naml: 56)

Peranan media yang menjalankan tugas syaitan untuk menyerang Islam ialah membesar-besarkan berita yang melibatkan orang Islam, khususnya para agamawan atau pemimpin yang terjerumus ke dalam maksiat, atau dikira tersilap melakukannya. Berita itu diletakkan pada muka hadapan media tajaannya dan diulang-ulang untuk disebar luaskan. Matlamatnya hanyalah untuk menghina Islam.

Media ini juga memainkan peranan melakukan provokasi terhadap mana-mana orang atau kumpulan Islam yang melampau pendekatannya yang tidak bijak terhadap Islam kerana tidak mempunyai ilmu atau berilmu tanpa mempunyai kebijaksanaan. Tujuannya bagi mempromosikan Islam secara negatif, seperti ke arah menggalakkan lagi Islamofobia yang menjadi senjata Barat bagi menentang Islam pada hari ini.

Pergerakan kumpulan ini terdedah, apabila ada dalam kalangan anti Islam dalam negara atau luar negara memberikan sokongan moral secara terbuka kepada mereka tanpa bersembunyi lagi dan mungkin juga sokongan kewangan secara tertutup. Namun, Allah SWT tetap mendedahkannya juga.

Mereka berperanan menyiarkan berita Islam sekali sekala untuk dijadikan pemanis muka bagi menarik pelanggan atau melindungi diri secara munafiq terhadap Islam. Selain itu, menggoda mereka yang lemah akalnya dalam kalangan orang-orang yang beriman sebagaimana firman Allah SWT:

﴿Ł„َŁˆْ Ų®َŲ±َŲ¬ُŁˆŲ§ ŁِŁŠŁƒُŁ…ْ Ł…َŲ§ Ų²َŲ§ŲÆُŁˆŁƒُŁ…ْ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų®َŲØَŲ§Ł„ًŲ§ ŁˆَŁ„َŲ£َŁˆْŲ¶َŲ¹ُŁˆŲ§ Ų®ِŁ„َŲ§Ł„َŁƒُŁ…ْ ŁŠَŲØْŲŗُŁˆŁ†َŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁِŲŖْŁ†َŲ©َ ŁˆَŁِŁŠŁƒُŁ…ْ Ų³َŁ…َّŲ§Ų¹ُŁˆŁ†َ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ…ٌ ŲØِŲ§Ł„ŲøَّŲ§Ł„ِŁ…ِŁŠŁ†َŁ¤Ł§﴾

“Kalaulah mereka keluar bersama kalian, tidaklah mereka menambahkan kalian melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan antara kalian, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kalian; sedang antara kalian ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.” (Surah al-Taubah: 47)

Bahkan terdapat dalam kalangan orang Islam tanpa disedari mencari rezeki haram melalui kegiatan halus ini, bagi menyara kehidupan diri dan keluarga mereka. Hasil sumber itu menjadi darah daging yang haram dan umpan ke neraka selepas mati kerana tidak beriman dengan kewujudan neraka. Ada juga yang sedar, tetapi otaknya berada dalam perut. Maka perhitungannya sama seperti dengan isi perutnya (kepentingan diri semata-mata).

Mereka sering kali gemar melaporkan apa-apa berita tentang Islam yang dianggap boleh menimbulkan kekeliruan, kerana memerlukan masa bagi memberikan penjelasan tentang kaedah pelaksanaan bagi sesuatu perkara. Dilaksanakan pula dengan syarat-syarat yang ketat, tempoh masa yang tidak diawalkan dengan memberikan kefahaman dahulu dan beradab dalam melaksanakannya. Antaranya ialah hukum qisas dan hudud yang keras, tanpa diketahui betapa banyak syarat dan adab yang menjamin keadilannya sehingga tidak mudah untuk dijatuhkan hukuman.

Malah dalam hukum syariat, pembunuh lebih digalakkan untuk bertaubat, apabila waris si mati memberikan keampunan kepadanya dan mendapat syurga tanpa hisab, begitu juga pahala apabila memaafkan kesalahan-kesalahan yang lain. Perkara yang paling penting dalam hukuman syariat adalah kehebatannya yang menakutkan penjenayah. Musuh-musuh ini berlakon bahawa mereka bukan penentangnya, pada masa yang sama tanpa segan silu pula bersimpati dengan penentangnya.

Antara pendekatan baru yang dilaksanakan oleh media musuh ialah menunjukkan simpati kepada Islam, jari telunjuknya lurus namun jari kelingkingnya berkait. Taktik sedemikian pernah ditelanjangi pada zaman Rasulullah SAW oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿ŁˆَŲ§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų§ŲŖَّŲ®َŲ°ُŁˆŲ§ Ł…َŲ³ْŲ¬ِŲÆًŲ§ Ų¶ِŲ±َŲ§Ų±ًŲ§ ŁˆَŁƒُŁْŲ±ًŲ§ ŁˆَŲŖَŁْŲ±ِŁŠŁ‚ًŲ§ ŲØَŁŠْŁ†َ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َ ŁˆَŲ„ِŲ±ْŲµَŲ§ŲÆًŲ§ Ł„ِŁ…َŁ†ْ Ų­َŲ§Ų±َŲØَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„َŁ‡ُ Ł…ِŁ†ْ Ł‚َŲØْŁ„ُ ŁˆَŁ„َŁŠَŲ­ْŁ„ِŁُŁ†َّ Ų„ِŁ†ْ Ų£َŲ±َŲÆْŁ†َŲ§ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų§Ł„ْŲ­ُŲ³ْŁ†َŁ‰ ŁˆَŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁŠَŲ“ْŁ‡َŲÆُ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُŁ…ْ Ł„َŁƒَŲ§Ų°ِŲØُŁˆŁ†َŁ”Ł Ł§﴾

“Dan (antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: ‘Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.’ Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.” (Surah al-Taubah: 107)

Golongan ini menggunakan jenama Islam seperti masjid, jihad, khilafah, dakwah, sunnah bahkan perkataan Islam turut diletakkan bersamanya. Apa yang menarik, mereka mendapat bantuan secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana pasukan Ahzab yang sentiasa mengepung Islam daripada segenap penjuru.

Maka di sini jelaslah, betapa besarnya hikmah Allah SWT menutup himpunan ayat-ayat suci al-Quran dengan satu surah pendek yang sangat bermakna. Firman-Nya:

﴿Ł‚ُŁ„ْ Ų£َŲ¹ُŁˆŲ°ُ ŲØِŲ±َŲØِّ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِŁ” Ł…َŁ„ِŁƒِ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِŁ¢ Ų„ِŁ„َŁ‡ِ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِŁ£ Ł…ِŁ†ْ Ų“َŲ±ِّ Ų§Ł„ْŁˆَŲ³ْŁˆَŲ§Ų³ِ Ų§Ł„ْŲ®َŁ†َّŲ§Ų³ِŁ¤ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ ŁŠُŁˆَŲ³ْŁˆِŲ³ُ ŁِŁŠ ŲµُŲÆُŁˆŲ±ِ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِŁ„ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŲ¬ِŁ†َّŲ©ِ ŁˆَŲ§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِŁ¦﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1); Yang Menguasai sekalian manusia (2); Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3); Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4); Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5); Iaitu pembisik dan penghasut daripada kalangan jin dan manusia. (6).” (Surah al-Nas: 1-6)

Kepada mereka yang menjalankan kerja-kerja syaitan itu, Allah SWT memberikan amaran berikut melalui firman-Nya:

﴿Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁَŲŖَŁ†ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†َŲ§ŲŖِ Ų«ُŁ…َّ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲŖُŁˆŲØُŁˆŲ§ ŁَŁ„َŁ‡ُŁ…ْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØُ Ų¬َŁ‡َŁ†َّŁ…َ ŁˆَŁ„َŁ‡ُŁ…ْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØُ Ų§Ł„ْŲ­َŲ±ِŁŠŁ‚ِŁ”Ł ﴾

“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).” (Surah al-Buruj: 10)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 9 Rajab 1442 / 21 Februari 2021a

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo