NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Usul putuskan kerjasama dengan Bersatu ditentukan PAU

7 JAN: Usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) antara tiga perkara utama yang akan dibincangkan dan diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada akhir bulan ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, dalam satu kenyataan berkata, perkara berkenaan adalah antara usul yang dibangkitkan oleh perwakilan dalam mesyuarat perwakilan dan sayap di 189 bahagian UMNO seluruh negara yang berakhir pada 3 Januari lalu.

Berikutan itu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MT) yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan untuk membawa tiga usul utama untuk dimuktamadkan pada Perhimpunan Agung UMNO, pada 31 Januari ini seperti ditetapkan perlembagaan parti.

“Usul pertama mempertahankan hubungan dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) yang dibina dalam tempoh 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang.

“Kedua, memutuskan hubungan dengan BERSATU semasa menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15) dan ketiga menggesa supaya PRU-15 diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat tertakluk kepada keadaan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Shahril berkata ketiga-tiga usul berkenaan akan memberikan kesan utama kepada masa depan dan hala tuju parti serta negara pada masa depan.

Dalam pada itu, katanya lagi, mesyuarat berkenaan juga memutuskan supaya jentera parti menambah bilangan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

“Berasaskan usul-usul utama yang dibangkitkan oleh bahagian; dan atas faktor-faktor termasuk menyentuh soal dasar dan pendekatan asas yang akan mempunyai kesan besar kepada masa hadapan parti dan negara

“Peruntukan Perlembagaan UMNO dimana usul-usul bahagian akan diangkat ke Perhimpunan Agung,” katanya.

Belia berkata mesyuarat juga bersetuju untuk membawa usul-usul ini ke Perhimpunan Agung UMNO pada 31 hb Januari 2021 ini bagi dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan tersebut.

“Mesyuarat juga memutuskan untuk menambah kekuatan jentera daripada negeri-negeri bagi usaha membantu mangsa-mangsa termasuk pasca banjir. Skuad Sayang Wanita dan Skuad Sabil Pemuda telah dan akan digerakkan dengan lebih hebat.

“Bagi tujuan menyelaras semua gerak-kerja penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, sebuah ‘Pasukan Khas UMNO Menangani Bencana ditubuhkan dan akan dipengerusikan Datuk Seri Shahidan Kassim,” jelasnya.-Oleh Haika Khazi

Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2021/01/07/kerjasama-umno-bersatu-diputuskan-dalam-pau-akan-datang/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo