Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) adalah Sultan Turki Uthmaniyah yang ke-3 terakhir. Baginda adalah seorang sultan sufi yang warak. Sultan Abdul Hamid II mendapat bimbingan & nasihat dari para alim ulama. Baginda juga seorang pengamal tarekat Syadziliyah di bawah bimbingan seorang ulama besar iaitu Syeikh Muhammad Zafir As Syadzili.
Pemerintahan baginda penuh dengan cabaran & dugaan. Baginda sentiasa menghadapi musuh dari luar & dalam. Malah terdapat beberapa cubaan untuk membunuhnya.
Pada 17 Mei 1901, pemimpin utama Zionist iaitu Theodor Herzl datang mengadap Sultan Abdul Hamid II dengan penuh hormat sambil tunduk & mencium tangan Sultan. Beliau meminta pada Sultan Abdul Hamid II untuk membenarkan orang-orang Yahudi yang terusir dari Eropah membina penempatan di Palestin. Ini adalah rancangan & langkah awal Zionist untuk membina negara Yahudi di Palestin. Sebagai balasan, Theodor Herzl menawarkan bayaran sejumlah emas bernilai 150 juta pound. Satu jumlah yang boleh menggelapkan mata manusia.
Namun, Sultan Abdul Hamid II menolak dengan tegas dan berkata:-
Aku tidak akan menjual walau seinci pun wilayah Palestin kerana wilayah itu bukan milikku. Ia milik umat Islam. Mereka membayar empayar ini dengan darah mereka. Maka kami akan menebusnya dengan darah kami. Simpan saja wang kamu itu. Kamu akan mendapat wilayah Palestin secara percuma jika empayar ini berpecah. Selagi aku hidup, aku tidak akan benarkan perkara itu berlaku.
Ini adalah antara kata-kata yang paling indah yang pernah diungkapkan di zaman moden. Kata-kata yang jelas membuktikan keimanan Sultan Abdul Hamid II
No comments
Post a Comment