RANTAU PANJANG: Kerajaan Kelantan menyokong permohonan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk menaik taraf 12 pos kawalan sempadan di negeri ini bagi memberi keselesaan kepada penguatkuasa dalam menjalankan tugas
EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan Datuk Nasaruddin Daud berkata, melalui sokongan itu, kerajaan negeri bersetuju membenarkan penggunaan tanah milik kerajaan negeri.
"Permohonan sudah dibuat dan kita yakin ia dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat yang sentiasa mengambil berat. Permohonan dah di buat dan kita memberi sokongan, "katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada petugas-petugas PGA di Pos Kubang Pak Hitam
Hadir sama, Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Deputi Superintendan Ku Majidin Che Ku Jusoh.
Nasaruddin berkata, PGA bersama kerajaan negeri telah mengenalpasti lokasi yang sesuai dan pihaknya tidak ada masalah untuk meluluskannya.
Dalam pada itu, Ku Majidin menghargai sumbangan dan ingatan yang diberikan kerajaan negeri sekaligus membakar semangat pihaknya untuk melaksanakan tugasan.
No comments
Post a Comment