KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai sebuah parti politik.
Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi, yang mewakili PEJUANG berkata, pihak ROS sudah menghantar surat kepada Setiausaha Agung Penaja PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah, mengenai penolakan permohonan itu jam 5.50 petang semalam, atas alasan pendaftarannya dibuat secara tidak teratur.
"Kita menunggu arahan anak guam untuk tindakan seterusnya kerana dalam proses ini arahan yang ada mungkin untuk merayu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya kepada pemberita selepas prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Seri Mariana Yahya.
Hari ini sepatutnya ditetapkan bagi pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan PEJUANG bagi mencabar tindakan ROS yang masih belum meluluskan pendaftaran parti itu.Mior Nor Haidir berkata, berikutan keputusan ROS itu, PEJUANG menarik balik permohonan kebenaran semakan kehakiman itu atas alasan ia menjadi akademik. - BERNAMA
Tindakan Anwar Ibrahim menghantar semula (retweet) beberapa kiriman X yang diwarnai bahasa kasar seperti mana lazimnya digunakan tentera sib...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment