NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rawatan moden dan alternatif untuk vertigo



Vertigo adalah suatu keadaan di mana kita berasa melayang dan berpusing. Orang kita menyebutnya sebagai pening, apabila kita berasa tidak seimbang berlaku secara tiba-tiba dan berlangsung hingga beberapa jam. Ini menyebabkan kita akan berasa loya, tidak boleh berdiri dan mahu berbaring.

Antara punca vertigo adalah:

1. Migrain. Selain sakit kepala, pesakit migrain juga boleh merasa melayang dan berpusing.

2. Labyrinthitis, iaitu jangkitan kuman pada bahagian dalam telinga yang berfungsi menjaga pendengaran dan keseimbangan tubuh.

3. Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) adalah gangguan keseimbangan tubuh berlaku ketika kita mengubah posisi kepala.

4. Penyakit Meniere, merupakan gangguan di bahagian dalam telinga apabila peredaran lendiran dalam telinga terganggu. Ia juga menyebabkan juga kita mendengar dengingan (tinnitus) dan gangguan pendengaran.

5. Neuritis vestibular atau labirinitis, merupakan gangguan pada bahagian dalam telinga disebabkan oleh jangkitan kuman (biasanya disebabkan oleh virus) di sekitar saraf penting yang mengawal keseimbangan tubuh.

Selain itu, vertigo juga boleh disebabkan oleh keadaan berikut:

1. Dehidrasi
2. Kekurangan vitamin D dan vitamin E
3. Minum alkohol

Antara ubat yang diberikan untuk pesakit vertigo adalah:

1. Meclizine
2. Promethazine
3. Diphenhydramine
4. Dimenhydrinate
5. Lorazepam

Lorazepam adalah ubat dalam kelas benzodiazepin yang menghasilkan kesan dan bertindak pada vestibular, untuk mengurangi nystagmus (gerakan mata yang berulang tanpa kawalan).

Berundinglah dengan doctor bagi mendapatkan ubat-ubatan ini. Ada juga beberapa ubat yang terkini, perlu mendapat preskripsi doctor.

Meskipun kita mengambil ubat-ubatan dari klinik dan hospital, ada kalanya rasa pening dan berpusing terlalu kuat, walaupun telah mengambil ubat yang diberikan. Saya cadangkan jangan menambah dos sesuka hati, tetapi boleh ambil beberapa langkah ini.

1. Dapatkan tidur yang cukup.

2. Campurkan halia dalam minuman. Halia dapat mengurangkan rasa mual, muntah dan pening. Campurkan sehelai dua daun pudina untuk mendapatkan kesan yang berganda.

3. Gingko biloba. Herba ini dapat membantu vertigo kerana ia menggalakkan peredaran darah ke bahagian otak. Ia juga mempunyai sebatian antioksida yang mencegah kerosakan sel-sel saraf dan otak.

4. Lada Merah. Ia adalah rempah yang membantu mengurangkan vertigo dengan cara mencampurkan sedikit lada merah yang berbentuk kepingan (flake) dalam makanan yang diambil.

5. Ketumbar. Ia adalah rempah yang bersifat antiradang yang bagus dicamuprkan dalam masakan untuk membekalkan zat besi dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.

5. Daun selasih. Selasih atau basil adalah tanaman yang daunnya sering digunakan sebagai penyedap makanan karena aromanya yang kuat. Ia juga membantu mengurangkan vertigo dengan memasukkan daun ini ke dalam masakan terutamanya sup.

Apa yang penting ialah vertigo adalah hanya tanda (simptom) yang mungkin menunjukkan seorang mengalami penyakit yang lebih serius. Pemeriksaan doctor yang lengkap bersama doctor ENT perlu dilakukan jika rasa pening berlarutan dan tidak kurang dengan ubat yang diberikan.

Semoga bermanfaat.

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo