NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muat turun aplikasi MyPublicInfoBanjiir untuk ketahui maklumat terkini banjir



KUALA LUMPUR, 5 Jan -- Bagi memudahkan perancangan perjalanan dan mengetahui situasi terkini keadaan banjir terutamanya ketika musim tengkujuh, orang ramai digalak memuat turun aplikasi MyPublicInfoBanjir menerusi telefon pintar masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata melalui aplikasi itu, terdapat 1,500 kawasan di seluruh negara yang dipaparkan data berkaitan seperti aras air sungai semasa dan info banjir secara tepat menerusi penempatan stesen telemetri hidrologi di kawasan berkenaan. 

“Kita nak masyarakat gunakan aplikasi ini, ianya akan memberikan data sangat spesifik berkaitan banjir. Misalnya kalau nak balik kampung, mungkin tengah jalan ada berlaku banjir dan sebagainya,” katanya selepas meninjau Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara di sini hari ini. 

Zaini berkata lebih banyak stesen telemetri hidrologi dijangka ditambah pada masa akan datang supaya akses kepada data banjir di lebih banyak lokaliti khususnya di kawasan kampung dapat diperoleh. 

MyPublicInfoBanjir yang dilancarkan pada 12 Nov lepas, dibangunkan untuk kegunaan semua pengguna telefon pintar mudah alih supaya maklumat notifikasi berkenaan situasi hujan dan aras air sungai semasa dan hebahan amaran banjir boleh diakses secara real-time.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara merekodkan sebanyak 232 kejadian banjir dari November 2019 hingga 3 Jan lepas.


-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo