"Maaf suara mak cik dah serak sikit.. Dari semalam menangis.."
Itulah antara yang diluahkan oleh Puan Zaitun, seorang ibu tunggal ketika menerima kunjungan salah satu team sukarelawan Misi Bantuan Banjir Ke Pahang semalam di Kg. Ulu Dong, Raub.
Menurut Puan Zaitun, beliau redha akan ketentuan dan ujian dari Allah. Kudratnya yang terbatas akibat kemalangan sebelum ini menyebabkan beliau tidak terdaya untuk mengangkat barang-barang dalam rumah.
"Alhamdulillah, mujur ada anak seorang yang baru balik.. boleh juga tolong angkat beberapa barang-barang untuk diselamatkan"
Saya doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau dan semua yang diuji dengan banjir.
Tahniah juga saya ucapkan kepada PAS Kuala Terengganu dan semua sukarelawan yang telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Raub, Pahang.
Semoga terus bersemangat menabur bakti dalam kerja-kerja amal ini.
No comments
Post a Comment