NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPM terus perkasa TV Pendidikan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha memperkasa TV Pendidikan yang kini bersiaran selama sembilan jam sehari di beberapa stesen televisyen dengan pendekatan bersesuaian.

Menghargai pandangan dan saranan pelbagai pihak berkaitan TV Pendidikan, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata KPM mewujudkan kembali TV Pendidikan pada 6 April 2020 sejurus pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 18 Mac tahun sama.

"KPM mewujudkan semula TV Pendidikan konvensional bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti sesuai mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Pada masa ini, TV Pendidikan bersiaran sembilan jam sehari iaitu dua jam di TV Okey, empat jam di Astro Tutor TV dan tiga jam di NTV7. Kami sedar jumlah masa siaran ini masih belum mencukupi dengan mengambil kira keadaan semasa," katanya dalam Twitter rasmi beliau, hari ini.

Katanya, TV Pendidikan yang mula bersiaran di televisyen konvensional pada 1972 dipindahkan kepada kaedah secara dalam talian melalui EduwebTV pada 1 Mac 2008 dan tidak lagi disiarkan di saluran televisyen konvensional bermula 1 Januari 2009.

– BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo