Mulai tahun 2021, Perbadanan Muzium Kelantan akan mengadakan siaran live pengkisahan sejarah dan tamadun Kelantan yang bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat warisan sejarah Kelantan kepada masyarakat. Program ini akan disiarkan secara langsung sebanyak 52 siri sepanjang tahun 2021. Rancangan ini telah dijenamakan sebagai program KELANTAN BERHIKAYAT.
Bagi tujuan pengkisahan sejarah ini, untuk sepanjang tahun 2021, beberapa buku dan manuskrip akan dijadikan sumber rujukan. Buku-buku dan manuskrip tersebut ialah:
I. Keturunan Raja-raja Kelantan dan
Peristiwa-peristiwa Bersejarah oleh
Nakula.
II. Riwayat Kelantan oleh As'ad Shukri
Haji Muda
III. Hikayat Seri Kelantan, seleggaraan Prof
Dr Mohd Taib Osman
IV. Sejarah Negeri Kelantan, manuskrip
koleksi Perpustakaan Negara.
KELANTAN BERHIKAYAT akan menggalurkan sejarah kerajaan-kerajaan Kelantan sejak awal, termasuk beberapa empayar tua yang sezaman dengan Langkasuka, Seriwijaya dan Majapahit, sehinggalah kemunculan kerajaan Cik Siti Wan Kembang, Dinasti Jembal dan juga Dinasti Long Yunus yang ada sekarang ini.
Program ini akan di kendalikan oleh Pegawai Penyelidik Muzium Kelantan, Mohd Fadli Ghani dan siri pertama akan bermula pada 7 Januari 2021. Berikut adalah jadual berkala program KELANTAN BERHIKAYAT:
Hari: Setiap hari Khamis malam Jumaat
Masa: 9.30 - 10.30 mlm
Siaran langsung ini boleh diikuti di FB MuziumKelantan
No comments
Post a Comment