KENYATAAN MEDIA
KEBENARAN AKTIVITI IBADAT DI MASJID DAN SURAU DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) COVID-J 9 DI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
Menjunjung titah perintah dan perkenan Kebawah Duli Yang Maho Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya selaku Ketua Agama Islam Negeri Terengganu.
Selaras pengumumon YAB Perdana Menteri Malaysia poda 11 Januari 2021 berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan bermula 13 Januari 2001 sehingga 26 Januari 2021 di beberapa buah negeri termasuk Negeri Terengganu Darul Iman. Majlis Agama lslam Dan Adat Melayu Terenggonu selepas mendapat pandangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan ini mengambil keputusan berhubung kebenaran aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Covid-19 seperti berikut:
a) Aktiviti solat fardhu berjemaoh dan solat jumaat di masjid dan surau termasuk aktiviti kuliah harian adalah DIBENARKAN dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Kesihatan dan Keselamatan yang telah ditetapkan.
b) Jawatankuasa masjid dan surau bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan pengurusan solat di masjid atau surau masing-masing berjalan dengan lancar dan diingatkan supaya mematuhi segala SOP Kesihatan dan Keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
c) Jawatankuasa masjid atau surau yang gagal mematuhi SOP dan arahan yang ditetapkan, Pesuruhjaya boleh mengambil tindakan dengan menutup masjid atau surau berkenaan.
d) Semua Pegawai Agama Daerah diorahkan untuk
membuat pemantauan secara serius bagi memastikan semua masjid dan surau mematuhi SOP dan syarat- syarat yang ditetapkan.
e) Sebarang perubohan akan dimaklumkan dari masa ke semasa tertakluk kepada arahan pihak berkuasa yang akon dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.
Baginda menzahirkan rosa kebimbangan dengan peningkatan kes positif Covid 19 di negeri Terengganu dan mengharapkan supaya semua ahli jawatankuasa masjid dan ahli Jemaah memainkan peranan dalam memastikan semua arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dapat diikuti don dipatuhi dengan sewajarnya supaya risiko jangkitan wabakiCovid-19 dapa1 dikawal dengon sebaiknya.
Baginda juga menyeru supaya semua masjid don surau mengadakan solat hajat dan bermunajat, berdoa memohon kepada Allah Subahanahu Wataala supaya wabak Covid-19 yang menular ini dapat dikawal dari terus merebak.
Baginda juga menyeru supaya semua rakyat jelata memainkan peranan dalam membantu barisan hadapan terutama pasukan perubatan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan jangan sesekali mengambil mudah dengan mengabaikan arahan pihak berkuasĆ-.
Baginda berdoa semoga kehidupan seharian kembali pulih seperti sediakala semoga rakyat jelata sentiaso berada dalam kerahmatan dan lindungon oleh Allah Subhanohu Wataola.
Menjunjung titah,
YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU
14 JANUARI 202JM BERSAMAAN J JAMADILAKHIR J442H
No comments
Post a Comment