NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kakeibo (家計簿) ilmu pengurusan kewangan ringkas dan minimalis dari Jepun

oleh: Kamal Zharif Bin Kamaludin

Boleh amalkan ilmu pengurusan kewangan di Jepun ini, namanya Kakeibo (家計簿). Orang yang tak mahu susah-susah uruskan duit keluarga boleh cuba. Sebabnya ringkas dan sangat minimalis. Orang yang menciptanya pun bukannya golongan pakar sangat dalam bidang kewangan tetapi hanya journalis Jepun sahaja. Namanya Hani Motoko dan suri rumah boleh cuba.

Mari kita mulakan. 

𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐮𝐥𝐮:
- Berapa banyak duit yang ada sekarang?
- Berapa banyak yang mahu disimpan?
- Berapa banyak yang sedang dibelanjakan?
- Bagaimana hendak buat perbaikan?

𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟒 𝐤𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢:
>> Keperluan (am)
- makanan, keperluan bilik mandi.

>> Kemahuan (riadah)
- benda yang dapat dinikmati tetapi tidak mempunyai keperluan pada tahap tertentu. Contohnya, Netflix, membeli-belah, parti, hadiah.

>> Budaya
- benda yang membuatkan kehidupan lebih berwarna-warni, lebih kaya. Contohnya buku, langganan majalah, potong rambut,

>> Luar sangkaan
Contohnya: jumpa doktor, baiki kereta.

Cuma, kategori itu boleh menjadi fleksibel. Contohnya kalau hendak mengkategorikan yuran gym sebagai keperluan, maka tiada masalah dari segi itu. 

𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐊𝐚𝐤𝐞𝐢𝐛𝐨?

1. Buatkan bajet kalian
- pendapatan bulanan dan juga perbelanjaan yang sudah ditetapkan. 

2. Buatkan sasaran simpanan kalian. 
Ini menggalakkan pengguna memperuntukkan simpanan yang berjiwa realistik. 

3. Perhatikan perbelanjaan kalian. 
Tulis di nota, menggunakan pen dan kertas. Tujuannya bagi memperlahankan serta memberikan fokus pada keadaan sekarang. 

4. Kira jumlah perbelanjaan di setiap kategori.
Ini dibuat pada akhir bulan. Buatkan perbandingan dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan dengan jumlah bajet yang telah ditetapkan. 

5. Muhasabah prestasi kewangan. 
Ini yang membezakan kakeibo dengan kaedah-kaedah lain. Soalan yang boleh dibuat adakah selari dengan sasaran kalian?

Seandainya ya, tuliskan bahawa ia sasaran telah tercapai dan sekiranya tidak, tuliskan sebabnya dan bagaimana hendak mencapainya untuk bulan hadapan. 

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐤𝐞𝐢𝐛𝐨
- Tuliskan perbelanjaan setiap kali belanja.
- seandainya ada kekurangan, terima sahaja. 
- sentiasa sedar diri apabila membuat pembelian.

Boleh tanya soalan ini:
- adakah saya memerlukan ini?, adakah ia menjadi berguna, adakah ia membuatkan saya gembira?
- adakah saya mempunyai ruang untuk ini, iaitu ruang di ruang atau ruang dalam kehidupan?
- berdasarkan keadaan kewangan sekarang, adakah saya mampu?
- bagaimana perasaan saya apabila membeli ini?
- bagaimana keadaan emosi saya pada hari ini? bagaimana saya rasa?
Baik, mari kita mencuba. Boleh download jurnal Kakeiba di sini:

By the way, selalunya kita dengar benda-benda baik Jepun, kali ini kita ambil yang jernih tapis yang keruh. Jepun bukannya makhluk yang maksum tetapi manusia darjat sama macam bangsa lain. 

Kita tengok budaya kerja hierarkinya yang kalau kaki salah masuk, memang tak bernyawa kesudahannya. Orang yang nak cari peluang kerjaya di Jepun, boleh tonton sampai habis, nanti di akhir boleh tersenyum kerana pilih Jepun.

Klik pautan ini untuk tonton video penuh:

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo