1. Pemuda PAS sentiasa memantau dan mengambil cakna situasi keadaan cuaca buruk yang telah di laporkan di beberapa buah negeri dan keadaan yang semakin kritikal di beberapa tempat.
2. Sehubungan dengan ini, saya mengarahkan semua anggota Jabatan Amal dan Pemuda PAS Malaysia bersedia untuk menghidupkan segala kekuatan untuk membantu semua penduduk yang terjejas di kawasan masing-masing, terutama sekali di Negeri-negeri Pantai Timur dan Selatan.
3. Di samping itu juga, saya menyeru semua rakyat untuk berada dalam keadaan yang paling berjaga-jaga dan memastikan keselamatan adalah keutamaan yang paling tinggi. Pastikan anggota keluarga terutamanya anak-anak kecil sentiasa berwaspada dalam apa jua keadaan ketika cuaca seperti ini sedang melanda di tempat anda.
4. Teruskan berdoa agar cuaca dan situasi buruk di negara kita dipelihara dengan baik oleh Yang Maha Esa. Hulurkan apa jua bantuan yang meringankan kesusahan bagi yang memerlukan.
YB Ahmad Fadhli Shaari
Timbalan Ketua DPPM
Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat DPPM
No comments
Post a Comment