Kajian telah di jalankan oleh QGA melibatkan responden dari kawasan campuran (Melayu, Cina dan India) di zon pantai timur pinggir bandar pada 9 November 2020 hingga 4 Disember 2020. 46% responden adalah lelaki dan selebihnya 54% responden adalah perempuan. Majoriti responden adalah mereka yang bekerja sendiri diikuti kakitangan swasta dan suri rumah
.
Teknik Persampelan: Multi-stage cluster sampling lapangan (bersemuka)
Soal Selidik: Close-ended
Cara Analisa: Secara statistik deskriptif
KESELURUHAN SAMPEL
Secara keseluruhan, responden memilih parti yang dapat membanteras rasuah dan salah guna kuasa serta mengutamakan pemulihan ekonomi negara
KAUM
Walaubagaimanapun, pilihan utama kaum Melayu adalah parti yang memperjuangkan agama manakala kaum Cina dan India memilih parti yang mengutamakan keharmonian masyarakat majmuk
Kaum Melayu: Memperjuangkan agama
Kaum Cina & India: Mengutamakan keharmonian masyarakat majmuk
KUMPULAN PENDAPATAN ISI RUMAH
Golongan pendapatan isi rumah B40 dan T20 masing-masing cenderung memilih parti yang dapat membanteras rasuah. Walaubagaimanapun bagi golongan M40, parti yang mengutamakan pemulihan ekonomi negara dan melaksanakan tadbir urus dengan lebih cekap menjadi keutamaan
B40 & T20: Membanteras rasuah dan salah guna kuasa
M40: Mengutamakan pemulihan ekonomi negara
KUMPULAN UMUR
Golongan yang berumur antara 20-24 serta 36-50 tahun memilih parti yang memperjuangkan agama sementara golongan 25-35 dan 51-60 tahun lebih memilih parti yang dapat membanteras rasuah dan salah guna kuasa. Bagi golongan berumur 61 tahun ke atas, mereka cenderung kepada parti yang mempertahankan perlembagaan persekutuan dan mengutamakan keharmonian masyarakat majmuk
Umur 20-24 & 36-50: Memperjuangkan agama
Umur 25-35 & 51-60: Membanteras rasuah dan salah guna kuasa
Umur 61+: Mempertahankan perlembagaan persekutuan
Untuk analisis lengkap dalam bentuk pdf dan infografik, anda boleh layari website QGA: https://qgenanalysts.org/publications/
.
#QGenAnalysts
#GeneratingImpactfulResearch
Sumber:https://www.facebook.com/2284919521796917/posts/2839331769689020
No comments
Post a Comment