NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir: "Lain Rumah, Lain Cerita, Sama-Sama Rasa"


"Ting..ting..."

Berpuluh-puluh notifikasi 'group whatsapp' masuk sejak pagi semalam. Masing-masing teruja nak 'update' keadaan rumah mangsa banjir. 

Tempat yang kami tuju pada kali ini ialah di Kampung Baru Jaya Maran, Pahang.

Kami Ameerah Besut berpecah kepada beberapa kumpulan, dibantu oleh Sukarelawan Skuad Khidmat Malaysia dan Unit Amal Besut. 

"LAIN RUMAH, LAIN CERITA, SAMA-SAMA RASA" "Ting..ting..." Berpuluh-puluh notifikasi 'group whatsapp' masuk sejak pagi...

Posted by Ameerah Besut on Tuesday, 12 January 2021

Lain rumah, lain ceritanya. 

Kami sempat berkongsi secara ringkas tentang keadaan rumah mangsa banjir. 

Antaranya, walaupun rumah di tempat yang tinggi, air banjir mencecah sehingga paras tingkap. Apatah lagi di kawasan yang rendah, tenggelam habis semuanya. Barang-barang kebanyakannya memang tidak dapat diselamatkan. 

Lumpur yang kami pijak pada mulanya tenggelam sehingga paras buku lali. 

Di rumah yang lain pula, ada juga yang bertahan selama hampir 10 jam di atas bumbung rumah disebabkan air terlalu cepat naik. Mujurlah anak-anak semua sempat di bawa ke Pusat Pemindahan Sementara yang berdekatan. Yang paling tragisnya, 50% dinding rumahnya roboh disebabkan air banjir yang terlalu kuat. 

Dalam misi banjir kali ini, kami lakukan apa yang patut seperti mengangkat semua barang ke luar untuk kerja-kerja pembersihan lumpur yang mendap di dalam rumah-rumah tersebut. Selain itu, kami turut mencuci pinggan mangkuk di rumah milik ibu yang tengah sarat mengandung. 

Semoga dengan bantuan kecil yang kami berikan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir pada kali ini. 

Kami yakin disebalik ujian ini, terselit beribu hikmah dari yang Maha Kuasa, inshaAllah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo