NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agong Sibuk Bantu Mangsa Banjir Tapi Anwar Ajak Ahli Parlimen Mohon Perkenan Batal Darurat



Hari ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan telah mengajak semua Ahli Parlimen untuk menghantar surat kepada YDPA Sultan Abdullah untuk memohon perkenan membatalkan proklamasi darurat.

Anwar turut mengharapkan Agong untuk menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Dalam surat terbabit, saya mencadangkan kepada semua Ahli Parlimen supaya mengemukakan rayuan dalam kadar segera. Warkah terbabit juga hendaklah disesuaikan menurut pertimbangan mereka atau parti

Semoga warkah ini nanti mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik pengisytiharan darurat dan seterusnya menitahkan agar sidang Parlimen harus diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari 2021 untuk membahaskan isu darurat, COVID-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara. – Jelasnya.

Ini adalah respon terkini dari Ketua Pembangkang selepas YDPA perkenan untuk proklamasi darurat dan Perdana Menteri juga telah mengumumkan penangguhan sidang Parlimen sehingga Agong umumkan kelak.

Proklamasi darurat ini telah berkuatkuasa pada 11 Januari 2021 dan berakhir pada 1 Ogos 2021 atau akan ditamatkan sekiranya keadaan pulih lebih cepat.


( Hide )
  1. ini yang membezakan orang yang tahu kuasa yang ada padanya digunakan dengan sebaik mengkin untuk kebajikan rakyat, sangat berbeza orang yang ketika dahulu mempunyai kuasa untuk melakukan yang terbaik mungkin tapi sebaliknya ia melakukan sesuatu yang menghancur kuasa yang dia miliki kerana gila kuasa dan merobohkan kerajaan yang miliki. gila betul

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo