NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vaksin Boleh Memusnahkan Manusia?


Jika benar vaksin itu boleh memusnahkan manusia, sudah tentu program imunisasi diberhentikan.

Kita boleh lihat sendiri bahawa Program imunisasi kebangsaan yang telah diletakkan secara rasmi dalam negara kita sejak sebelum merdeka lagi (1956) dengan pemberian vaksin DT.

Sebelum dari itu pemberian vaksin Cacar diberikan di zaman kolonial British sejak 1895. Ketika itu hanya golongan bangsawan dan individu terpilih sahaja diberikan kerana sumber vaksin adalah terhad. Sebaik sahaja merdeka kerajaan mengenakan kepada semua rakyat.

Kejayaan yang amat membanggakan. Kita lihat statistik kejadian penyakit Difteria dan Tetanus turun secara mendadak. Begitu juga kita lihat keajayaan negara menghapuskan penyakit cacar (Small pox) yang amat digeruni pada satu ketika dahulu. Cuba kita bayangkan agaknya apakah ketakutan manusia pada ketika itu. Pada tahun 1967, 2 juta kematian dari 43 buah negara mati akibat penyakit cacar. Alhamdulillah setelah program pemberian cacar secara bersepadu dalam negara kita, Malaysia telah berjaya diisytiharkan hapus cacar tahun 1980.

Ini adalah perjuangan yang agak panjang. Memang kesan sampingan akibat vaksin pada masa itu wujud. Ada yang mati dan kesan-kesan lain, tetapi jumlah penyakit bahaya semakin berkurang. Jika ingin dibandingkan dengan kejayaan dan kesan, kejayaan menghapuskan penyakit lebih tinggi. Dalam masa yang sama kesan sampingan dapat dikurangkan. Teknologi perubatan semakin maju.

Bacalah sejarah. Tidak dinafikan penyakit-penyakit lain seperti Polio, Campak, Rubella dan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin.

Tetapi generasi kini semakin lupa dengan sejarah yang ditempa oleh nenek moyang kita. Kita selalu mengungkit perkara kecil yang nenek moyang kita sebelum ini diuji dengan ujian yang lebih besar. Namun program imunisasi tetap diteruskan.

Sumber : http://suhazeli.com/wp/?p=4645

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo