NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TNC Unisel Sifatkan Anwar Masih Releven Untuk Terus Pimpin PH.

KUALA LUMPUR : Jika bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, siapa lagi yang boleh memimpin dan menyatukan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Persoalan itu dilontarkan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, Prof Madya Dr Hamdan Salleh yang menyifatkan buat masa ini hanya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilihat paling sesuai untuk memimpin PH.

“Saya tidak nampak selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, siapakah yang boleh diketengahkan Pakatan Harapan untuk menyatukan. Satu lagi faktor, bagaimana untuk masuk ke dalam parti lain selain parti komponen PH untuk bersama selepas ini.

“Ini bukan mudah, tapi ada sinar selepas kemelut yang berlaku di Perak baru-baru ini. Satu hakikat yang perlu diakui bahawa selain Datuk Seri Anwar, siapa? Siapa yang boleh satukan (PH)?

“Sebab itu pada 2018, perlukan gerakan dari Tun Dr Mahathir Mohamad, ” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Khamis.

Tambahnya, antara kelemahan utama PH termasuk Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini adalah tiada koalisi yang utuh di Sabah dan Sarawak.

Tegasnya, meskipun DAP sudah lama bertapak di Sarawak, namun ia masih lagi disifatkan sebagai parti dari Semenanjung Malaysia.

Astro AWANI pada Khamis melaporkan dua pemimpin utama PH mencadangkan agar gabungan itu membuat satu anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan bersama menegaskan, sudah tiba masanya untuk seluruh blok pembangkang bersatu demi membina kekuatan bersama yang ada atas landasan perjuangan bersama.

Mohamad dan Guan Eng menegaskan, undian Belanjawan 2021 pada Selasa lalu mengajar PH supaya tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang dan tidak perlu membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan yang oportunis.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja dan Bagan itu, kelompok itu hanya memperalatkan PH untuk kepentingan peribadi agar memperoleh tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo