10 DIS: Seorang anggota tentera rejim Zionis Israel cedera dalam pertembungan dengan rakyat Palestin kelmarin di kem pelarian Aqbat Jaber berhampiran Jericho.
Palestinian Information Center melaporkan, beberapa orang rakyat Palestin turut cedera akibat tembakan peluru bersalut getah.
Pertempuran bermula apabila tentera rejim menyerbu kem pelarian itu dan melepaskan gas pemedih mata dan menembak dengan menggunakan peluru hidup dan peluru bersalut getah ke arah penghuni di situ.
Berpuluh-puluh penghuni khemah pelarian tersebut mengalami kesukaran bernafas dan mereka menerima rawatan di lokasi kejadian.
Penghuni kem pelarian Aqbat Jaber menyelamatkan diri daripada tembakan tentera rejim Zionis Israel. |
Seramai 17 rakyat Palestin termasuk Ahli Majlis Perundangan Palestin, Sheikh Khaled Tafesh ditahan dalam operasi serbuan oleh tentera rejim Zionis Israel di sekitar Tebing Barat dan Jerusalem kelmarin.
Tentera rejim turut melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.
Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2020/12/10/tentera-israel-cedera-ketika-serbu-kem-pelarian-palestin/
No comments
Post a Comment