NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertama kali dalam sejarah Sidang DUN Perak tanpa Menteri Besar


IPOH: Buat pertama kali dalam sejarah, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung hari ini akan bersidang tanpa Menteri Besar.

Ia susulan kegagalan usul undi percaya terhadap kepemimpinan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Jumaat minggu lalu.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid, berkata persidangan berkenaan akan berlangsung seperti yang diputuskan sebelumnya.

"Mesyuarat akan bermula pada jam 2.30 petang hari ini seperti mana yang sudah diputuskan dan dijadualkan sebelum ini.

"Akan tetapi persidangan hari ini hanya akan mempersetujui usul persidangan DUN yang akan ditangguhkan ke tarikh lain," katanya.

Media sebelum ini melaporkan persidangan tidak dapat diteruskan sekiranya tiada menteri besar dan sekurang-kurangnya empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang dilantik.

Berdasarkan jadual asal, persidangan DUN Perak sepatutnya berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lalu dengan pembentangan Belanjawan 2021 sebelum bersambung semula semalam hingga Jumaat ini.

Keputusan pengundian menyaksikan Ahmad Faizal hanya memperoleh 10 undi menyokong, berbanding 48 undi terdiri daripada 24 wakil BN daripada UMNO dan 24 wakil Pakatan Harapan (PH) menolak, dan satu berkecuali.

Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang, kemudiannya mempersembahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri besar dan juga barisan EXCO kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo