Noh (kanan) mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi di Parlimen hari ini. Gambar : SH |
SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen hari ini.
Noh dalam status di Facebooknya memaklumkan, tujuan pertemuan itu diadakan bagi menguatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) Selangor dalam gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
"Saya pernah memberi komitmen untuk berjumpa Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan (Presiden) PAS (Abdul Hadi) dalam usaha ke arah ini.
"Semoga usaha ini dipermudahkan dan mendapat sokongan daripada sahabat semua terutamanya rakyat Selangor," katanya.
- Sinar Harian
No comments
Post a Comment