Maka ramai lah yg mengidamkan kerusi mereka. Dah ada kata Goodbye dan Welcome.
Tradisi yg dibuat oleh Umno/BN memang lah siapa juga ada tuduhan di Mahkamah tidak dicadangkan lagi nama mereka utk jadi calon. Tapi tradisi itu telah dipecahkan apabila Bung Mokhtar yg masih dalam perbicaraan kesnya di mahkamah dibenarkan utk jadi calon dan menang.
Dalam pengetahuan saya sendiri ada 2 orang Exco di Pahang yg tidak dicadangkan lagi utk bertanding apabila dibuat semakan dengan SPRM mereka ada kes. Seorang itu dituduh di mahkamah dan akhirnya kes terhadapnya dibuang. Sudah Allahyarham pun beliau itu. Seorang lagi SPRM kata ada “tohmahan” terhadapnya. Juga tidak dicadangkan utk jadi calon. Sehingga hari ini tohmahan itu belum lagi jadi pertuduhan.
Kelayakan utk jadi calon sebagai ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia dan akta SPR adalah jelas. Umur mesti lebih 21. Ada sijil gila tak boleh. Bankrap yg belum dilepaskan tak boleh. Ada warganegara selain Malaysia tak boleh. Ada sabitan kes jenayah yg dipenjara lebih dari 1 tahun atau denda lebih dari RM2000 yg belum dapat pengampunan, juga tak boleh.
Dalam hal Putrajaya dan Pekan itu, mereka masih layak utk bertanding dgn alasan seperti berikut :
1. Hukuman terhadap mereka telah ditangguh sementara menunggu rayuan ke mahkamah lebih tinggi iaitu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Mereka telah mendapat stay of execution oleh mahkamah yg jatuhkan hukuman terhadap mereka.
2. Utk proses mendapatkan pengampunan mereka mesti lalui dulu proses rayuan ke mahkamah lebih atas. Itu proses dan sistem kehakiman yg Malaysia amalkan.
Mohon pengampunan terus selepas hukuman di peringkat trial court ini belum boleh. Agong dan Sultan tidak boleh terus ampunkan tanpa “exhaust all available legal avenues”
3. Hujah yg mengatakan mereka telah disabit maka mereka tidak layak, tidak boleh digunakan lagi kerana sabitan itu perlu dibaca dgn pengampunan.
4. Atas hujah yg saya kemukakan ini, itu lah sebabnya mereka belum hilang lagi status sebagai YB sekarang ini.
5. Tuduhan mengatakan mereka itu sudah jadi banduan pun salah. Mereka belum jadi banduan sebab belum masuk penjara. Sebab belum masuk penjara ialah kerana ada Penggantungam Pelaksanaan Hukuman. Itu satu Perintah oleh Mahkamah juga.
Tinggal lagi ada lah risiko kalau mereka dicalonkan lagi. Kalau menang nanti dan segala proses rayuan nya kalah dan mereka tetap didapati bersalah, mereka terpaksa kosongkan kerusi. Ada PRK lah.
Kalau berangan2 nakkan kerusi itu, doa lah minta proses rayuan mereka hingga lah ke peringkat mahkamah paling tinggi dijalankan segera. Segera itu maksudnya sebelum diadakan PRU15.
Yang mendoakan orang cepat2 masuk penjara ini tak tahu lah apa jenisnya.
Nak kata olang bukan olang. Hantu bukan hantu. Nang bo ti nang, kui bo ti kui...
No comments
Post a Comment