NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan Sudah Dibuat Akhbar Tertua Di Negeri Ini New Sabah Times Akan Menamatkan Operasi Pada 31-12-2020.

Semua kakitangan diberi tempoh dua minggu untuk menandatangani atau tidak surat  pemberhentian kerja hanya  dengan bayaran  3 bulan gaji tidak termasuk gaji bulan Dis 2020.

Tiada pampasan akan dibayar,  selain ehsan 3 bulan gaji ini termasuk untuk bayaran cuti yang belum diambil kerana syarikat  mengalami kerugian besar sejak kebelakangan ini, kata Pemangku Pengarah Urusan, Felix Gusti.

Mereka yang tidak bersetuju dengan bayaran 3 bulan gaji ini boleh mengemukakan perkara ini kepada pihak berwajib seperti Jabatan Tenaga Rakyat.Apa yang pasti katanya NST memang tidak mempunyai dana untuk membayar pampasan.

Jika tidak ada perubahan lagi maka sahlah penerbitan akhbar New Sabah Times akan melabuhkan tirainya pada akhir bulan ini.

Selama 23 tahun bersama akhbar ini, memang banya kenangan yang dirakamkan. Sebelum itu saya pernah berkhidmat dengan akhbar ini atas nama Kinabalu Sabah Times dan Sabah Times pada 1-1-1981 hingga 1987 sebelum berhijrah untuk sama2 mengasaskan penerbitan akhbar Borneo Mail ( milik Parti Bersatu Sabah) pada 1989- Feb 1998.


Penutupan akhbar yang diasaskan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens ini merupakan kali kedua kerana akhbar ini juga pernah menamatkan operasi pada 1985 selama hampir 4 tahun semasa saya bertugas di Borneo Mail.


Saya dan beberapa kakitangan Borneo Mail telah dipelawa bersama2 rakan lain dari Daily Express untuk menghidupkan semula akhbar ini pada 1998 hinggalah ke hari ini.

Inilah antara pengalaman  selama 39 tahun menjadi orang akhbar.

#tetaptenang#redamenerimakeputusan.

Ini bermakna karya yang tersiar pada bulan ini (NST) adalah siaran sastera terakhir di akhbar ini. 

Semoga ada keajaiban.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo