NOTIS:
Kenyataan PAS tinggalkan UMNO palsu, tak berasas
– Oleh HUSSAINI AMRAN
27 DIS: Kenyataan kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu membatalkan piagam kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional adalah tidak benar sama sekali.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Abdul Malik Ab Razak melalui laman Facebook rasmi Abdul Hadi sebentar tadi
“Adalah dimaklumkan kenyataan ini (rujuk gambar) adalah palsu dan tidak berasas sama sekali.
“Sebarang kenyataan rasmi Presiden PAS boleh dirujuk melalui Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” jelasnya.
Kenyataan palsu yang ditularkan dalam Facebook itu dipercayai bertujuan menjejaskan kerjasama yang dijalin antaran PAS dan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15.
Sumber: http://www.pnbbcportal.com/2020/12/27/kenyataan-pas-tinggalkan-umno-palsu-tak-berasas/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment