NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa Alergik Sangat Dengan Istilah ‘Tuhan’

Mendakwa penggunaan slogan ‘Sawit Anugerah Tuhan’ (‘Palm Oil is God’s Gift’) bagi menggantikan slogan ‘Sayangi Sawitku’ (‘Love MY Palm Oil’) adalah “merbahaya kepada negara” kerana adanya nama Tuhan akan menyebabkan orang-orang Barat menganggapnya sebagai ada kaitan dengan pematuhan syariah (‘syariah compliance’) adalah sesuatu yang sukar diterima oleh akal yang waras.

Dakwaan begini mengandaikan bahawa orang-orang Barat adalah segolongan manusia yang takut bila mendengar sebutan nama Tuhan sehingga tidak mahu dengar pun kita menyebut nama Tuhan serta mengandaikan bahawa orang-orang Barat tidak boleh menerima produk-produk keluaran kita yang patuh syariah seterusnya mengakibatkan pasaran sawit kita di kalangan negara orang-orang Barat akan lebih merudum.

Hakikatnya, jika kita teliti dan fikirkan maka akan didapati bahawa:

(1) Slogan baharu ini akan lebih berjaya kerana sifat universalnya akan mendorong masyarakat seluruh dunia yang percaya kepada Tuhan mencintai sawit berbanding slogan lama yang hanya mampu mendorong rakyat Malaysia mencintai sawitnya.

(2) Istilah ‘Tuhan’ juga adalah istilah universal yang boleh diterima oleh masyarakat seluruh dunia yang percaya kepada Tuhan kerana istilah ‘Tuhan’ adalah merujuk kepada Tuhan untuk semua orang, bukannya Tuhan untuk penganut agama tertentu.

(3) Orang-orang Barat tidak diketahui takutkan sebutan ‘Tuhan’, malah mereka sendiri sejak sekian lama diketahui menggunakannya dalam kehidupan harian mereka seperti dalam lagu negara “God Save The Queen” atau dalam motto “In God We Trust”.

(4) Produk-produk keluaran negara kita yang patuh syariah adalah tidak ditakuti malah mempunyai kualiti tinggi dan tidak menghadapi masalah untuk mendapat pasaran yang sangat baik di seluruh dunia, termasuk di kalangan negara orang-orang Barat.

Eloklah kita elakkan diri daripada sindrom minda tertawan (‘the captive mind’) yang menyebabkan kita merasa takut dengan reaksi negatif pihak-pihak tertentu jika melakukan sesuatu perkara sedangkan pihak-pihak itu sendiri tidak pun memberikan reaksi begitu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo