Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM) menyambut baik langkah kerajaan untuk menambah baik piawaian halal membabitkan daging dan produk daging yang diimport sebagaimana hasrat yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Baru-baru ini kecoh di laman sosial isu 'kartel daging haram' yang telah dipercayai beroperasi sejak 40 tahun lalu dan diragui operasi perniagaannya
SPPM juga menyeru agar rakyat di Malaysia bertenang dan memberi kepercayaan penuh kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan dan mengheret mereka yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan
Mutakhir ini masyarakat semakin bimbang untuk menikmati masakan berasaskan daging ekoran isu kartel daging haram yang meresahkan ummat Islam di negara kitan
Langkah untuk menilai dan mengemaskini semula piawaian status halal bagi daging import bertepatan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan berkaitan kartel daging haram di Malaysia"kata Presiden Suara Pengguna Prihatin Malaysia(SPPM), Normala Sudirman.
Justeru, SPPM mendesak agar langkah penguatkuasaan undang -undang perlu diperketatkan lagi dan pelaksanaan undang -undang perlu dilaksanakan secara telus demi menjamin makanan daging import yang dibekalkan lebih terjamin kebersihannya serta patuh syariah
SPPM menyeru agar industri penternakan dipertingkatkan lagi dan usaha membekalkan makanan yang 'Halalan Thoyyiba ' iaitu halal, bersih dan berkat harus menjadi fokus utama khususnya ummat Islam di Malaysia disamping kita bekerja keras agar suatu hari nanti bekalan daging mencukupi bagi keperluan penduduk di negara kita
SPPM juga menyambut baik pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang bersetuju supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat isu kartel daging import terbabit.
No comments
Post a Comment