NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Hard Work vs Smart Work", Apakah Beza Antara Keduanya?



Biasanya kita mendengar ramai orang menyuruh kita untuk hard work jika mahu berjaya. Hinggakan ada pepatah:

Hard work is the most important key to success. Achievements without hard work are impossible.

Ya itu betul tetapi yang lebih betul adalah smart work. Apakah beza antara keduanya. Mari kita dengarkan cerita ini.

Assalamualaikum
Join saya di Telegram ustazzul.id dan supportlah kami dengan link di bawah. Terima kasih.

Pada satu hari ada dua pemotong kayu yang saling bersaing, untuk mengetahui siapakah yang mampu untuk memotong kayu paling banyak pada hari itu.

Maka pada pagi hari, mereka berdua sudah bersedia berada di posisi masing-masing untuk memotong pokok.

Bila bermula sahaja, maka pada sejam pertama kedua-duanya sangat laju bekerja. Tetapi selepas sejam berlalu, salah seorang mereka berhenti memotong pokok. Lalu seorang lagi menyedari, ini ruang baik untuk dia dapat mengalahkan kawannya itu. Dia pun meneruskan usaha kerasnya untuk memotong lebih banyak dari kawannya.

Setelah 10 minit, kawan yang berhenti memotong tadi menyambung balik kerjanya. Selang beberapa lama mereka terus memotong, tiba-tiba kawan tadi berhenti lagi.

Kawan yang terus memotong tanpa henti itu, mula menghidu dan merasakan kemenangan akan menjadi miliknya.

Sepanjang hari itu memang didapati seorang ini akan amik masa 10 minit untuk berhenti sekejap kerjanya. Manakala yang satu lagi kerja tanpa henti. 

Apabila masa telah tamat, sang pemotong yang tidak berhenti memotong merasakan dia sudah menang.
Tapi setelah mereka menghitung jumlah kayu siapa yang lebih banyak, didapati kawan yang selalu mengambil masa berhenti semasa memotong kayu itu adalah pemenang dan jumlah kayu yang dipotongnya lebih banyak.

Terkejut dengan keputusan itu, dia pun bertanya kepada kawannya itu: "Macam mana kamu boleh memotong pokok lebih banyak dari aku".

Jawab kawannya itu: 

It is very simple. Each hour I stopped the work for ten minutes. And when you were cutting the trees, I sharpened the axe
Oh itu mudah ja. Setiap sejam aku akan berhenti selama 10 minit. Semasa kamu terus memotong pokok, aku ambil masa 10 minit itu untuk asah kapak
Inilah maksud smart work. Iaitu mereka memang bekerja keras untuk berjaya tetapi menggunakan kaedah yang pintar. 

Dan bukan bekerja keras semata-mata tanpa perancangan dan sembrono sahaja.
Marilah kita tukarkan kerja keras kepada kerja secara bijak. Ini kerana mereka yang smart work akan lebih berjaya dari hard work.

Smart work adalah gabungan kerja kuat tetapi berperancangan. Mengelakkan diri dari membuat kerja sia-sia tetapi sukar, kepada membuat kerja sukar tetapi berbaloi bila dibuat.

Kenapa smart work penting? Ia penting supaya kita tidak merampas masa famili kita, masa kawan kita dan yang paling takut kita mengambil masa diri kita sendiri kerana banyak menumpukan masa itu kepada kerjaya kita semata-mata. 

Saya tidak percaya untuk berjaya kita kena korbankan famili, rakan bahkan diri kita sendiri. Saya lebih percaya untuk berjaya kita mesti balance terhadap semua itu.
Ini hanya akan berlaku bila kita melakukan kerja secara smart work bukan hard work.

Benarlah firman Allah:
ŁَŁ…َŁ† Ų£َŲØŲµَŲ±َ ŁَŁ„ِŁ†َŁŲ³ِŁ‡ِ ŁˆَŁ…َŁ† Ų¹َŁ…ِŁŠَ ŁَŲ¹َŁ„َŁŠŁ‡َŲ§
Siapa yang mampu melihat (kebenaran) maka itu adalah kebaikan untuk dirinya. Maka siapa yang buta, rugi adalah untuknya. (Al-An'am 104)

Moga kisah ini kita terus transformasikan dirikan untuk smart work bukan hard work. Ayuh terus kuat demi Islam.

Assalamualaikum.

Sokonglah ustazzul.id di
ustazzul.id/support
Sertai saya di Telegram
https://t.me/ustazul.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo