PETALING JAYA: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan seramai 50 petugas kesihatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dijangkiti COVID-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Pengarahnya Dr Sha’ari Ngadiman berkata, siasatan pasukan JKNS dan HTAR tidak dapat mengenalpasti punca jangkitan petugas kesihatan berkenaan sama ada berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke hospital atau semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi selama 14 hari.
“Kedudukan daerah Klang yang berada dalam zon merah serta peningkatan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang mendapat rawatan di HTAR mengakibatkan kebarangkalian peningkatan kes COVID-19,” katanya dalam kenyataan.
Namun, katanya, keadaan kini terkawal dan semua pesakit yang menjadi kontak kepada kes juga sudah menjalani ujian swab yang sama.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak hadir ke hospital sekiranya tiada urusan penting,” katanya.
- FMT
No comments
Post a Comment