Sayang sekali, bendera kerajaan Islam terawal iaitu Perlak, Samudera Pasai dan Melaka tidak dapat dikenal pasti bagaimana rupa bentuknya. Perkataan bendera wujud selepas kedatangan Portugis. Sebelum itu, bendera dinamakan sebagai panji.
Tradisi bendera kerajaan di Nusantara telah diamalkan sejak dari zaman Hindu-Buddha. Salah satu contoh adalah catatan Liang Shu tentang kedatangan utusan China ke Langkasuka pada tahun 515 M di mana dicatatkan panji-panji Langkasuka telah menghiasi kotanya terutama ketika mengiringi raja.

Dalam penelitian saya, bendera tertua di Nusantara yang dapat dikenal pasti setakat ini ialah Panji Pusaka Jayakarta yang digunakan oleh angkatan tentera Kesultanan Demak pimpinan Panglima Fatahillah ketika meraikan kemenangan menewaskan pakatan Portugis-Pajajaran di Sunda Kelapa pada tahun 1527 iaitu 16 tahun setelah kejatuhan Kota Melaka sebagaimana yang dinukilkan oleh Ahmad Mansur Surya Negara dalam bukunya Menemukan Sejarah.
Penak-lukan Kota Melaka telah memberikan semangat kepada Portugis untuk melebarkan empayarnya di Nusantara. Dengan itu, Portugis telah menguasai pelabuhan Sunda Kelapa yang terletak di barat Pulau Jawa hasil kerjasamanya dengan kerajaan Pajajaran.
Mengambil iktibar dari kejatuhan Melaka, kerajaan Islam Demak menyerang kedudukan Portugis di Sunda Kelapa dan tentera Demak berjaya menewaskan Portugis serta mengusirnya dari Sunda Kelapa.
Dari peristiwa kemenangan itu, nama Sunda Kelapa ditukarkan kepada Jayakarta. Jaya bermaksud kejayaan dan karta bermaksud pekerjaan. Jadi Jayakarta bermaksud kejayaan yang diraih. Dari sini kemudiannya timbul nama Jakarta, ibu negara Indonesia.
Saya melihat bendera Pusaka Jayakarta di Muzium Jakarta. Jelas terdapat lambang pedang Zulfikar. Saya juga melihat bendera kerajaan Aceh Darussalam di Muzium Aceh yang juga terdapat lambang pedang Zulfikar di tengah-tengahnya.
Tidak pasti sama ada bendera Aceh Darussalam ini telah digunakan sejak dari awal penubuhannya pada penghujung abad ke-15 atau pada abad terkemudian.
Melihat pada bendera Pusaka Jayakarta dan bendera Aceh, maka tidak mustahil bendera Kesultanan Melaka juga terdapat lambang pedang Zulfikar di tengahnya.
Pedang Zulfikar salah satu pedang Rasulullah ŲµŁŁ Ų§ŁŁŁ Ų¹ŁŁŁ ŁŲ³ŁŁ
dan pernah digunakan oleh Baginda ketika perang Uhud sebagai mana yang diriwayatkan dalam Sunan Tirmidzi. Lambang pedang Zulfikar memang masyhur dalam tradisi jihad di Alam Melayu. Ia menjadi lambang kekuasaan, keberanian dan kepahlawanan.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam
No comments
Post a Comment