NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Awasi Pengambilan Ubat Herba Mengandungi Bahan Terlarang


Pak Cik berhentilah makan ubat herba tu. Saya dah semak senarai online ubat herba tu mengandungi bahan terlarang. Patutlah saya tengok bacaan gula (blood glucose) dan darah tinggi naik mbeng sejak dua menjak ni.

Terima kasih doktor, mujur saya tanya doktor. Saya dah 3 bulan amal herba tu. Mak Cik nya pun makan juga. Tapikan doktor, apabila makan "ubat" tu rasa badan segar. Gagah sahaja apabila nak buat kerja. Kkatang je badan. 

Memanglah Pak Cik weih, bahan terlarang yang dibubuh dalam tu adalah steroid. Steroid ni nak royak bui, sejenis hormon untuk kuatkan tenaga. Tapi kalau makan tak ikut sukatan, dicampur tak tentu kalu, ianya amat bahaya. Antaranya buah pinggang rosak, sakit jantung dan banyak lagi. Darah tinggi dan kencing manis pun akan mmutar ligat. Buktinya tengoklah ni, dalam buku hijau ni semua bacaan merah!

Baik doktor Pak Cik dan Mak Cik akan berhenti mulai hari ni. Tapikan doktor, yang tukang jual tu kata ianya buatan Arab yang Islam menciptanya. Takkan orang Islam pun nak buat kerja jahat bubuh racun srupa doktor royak takdi? Tukang jual pun baca hadis juga, segala penyakit ada ubatnya...entah lagu mana dia duk syarah.

Bukan masalah hadis atau Islam ni Pak Cik, ni masalah ubat yang campur bahan terlarang. KKM dah buat ujikaji. Nak percaya ke doktor atau "ustaz" yang jual tu?

Ok ok ok okay lah. Pak Cik buang terus.

Bagus!


Suhazeli Abdullah 

13.12.2020

Tengkawang 


Kosa kata:

Mbeng: Mencanak 

Kkatang: Rasa gagah 

Tak tentu kalu: Tanpa piawaian 

Mmutar ligat: Tak terkawal 


Bacaan Tambahan: Pharmacy Melaka. PharMEL Black List. 2018. Access online 13.12.2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo