NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar Sudah Lepas Tarikh Luput, Terkesan dengan Sumpah Laknat?

 

Akhirnya Democratic Action Party (DAP) Malaysia dan Parti Amanah Negara terus terang mengatakan mula bosan dengan Anwar Ibrahim . 

Semalam LGE dan Md Sabu keluar kenyataan sifatkan Anwar hanya kejar bayang bayang. Banyak pihak dalam pembangkang kini mula tanpa selindung cakap soal Anwar tidak lagi layak mengetuai pembangkang.

Inilah yang disebut dalam PKR sejak dua tahun lepas apabila Anwar memaksa semua menjadikan cita cita peribadinya sebagai matlamat utama parti. Malah siapa yang mengkritik kelemahan dan sifat autokratik malah yang berani menegur "jenayahnya" akan dijadikan musuh.

INGAT !! Selepas dia deal belakang sehingga pembangkang berterabur dalam undi menolak belanjawan 2021 peringkat dasar ... ketika ditekan beberapa pemimpin pembangkang dia berjanji akan jatuhkan kerajaan PN dalam masa 7 hari atau dia bersara. Namun kini sudah lebih setengah bulan dia gagal dan dia menipu lagi dengan imiginasi dia... maka makin ramai di kalangan pembangkang sendiri menolak Anwar Ibrahim...

Anwar sudah lepas tarikh luputnya.
Beratnya kesan dari sumpah laknat ni.
Sebahagian telah berkecai dan sebahagian dalam pembikinan

Rozmi Mokhtar




( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo