Kesian rasanya kepada ahli dan pemimpin AMANAH yang dengan penuh semangat datang dari jauh ke Bayou Lagoon Convention Centre, Bukit Katil, Melaka, untuk berkonvensyen.
Pastilah mereka merasa teramat ‘down’ dan lemah semangat dengan pidato perasmian Konvensyen AMANAH Malaysia Kali Ke-5 oleh Presiden mereka, Mohamad Sabu, tadi.
Ini kerana bukannya ucapan penuh semangat seperti yang biasa mereka dengari daripada Presiden mereka yang mereka dapat dengar hari ini tetapi ia rupanya ucapan penuh kekecewaan.
Tidakkah melemahkan semangat mendengar pengakuan bahawa “sejujurnya kita sememang terasa kecewa kerana hilang kerajaan” tanpa memberi keyakinan ia boleh dirampas balik?
Tidakkah melemahkan semangat mendengar pengakuan bahawa “sememang diakui AMANAH melalui pelbagai keberantakan dalaman sejak pemilihan pimpinan parti yang lalu”?
Tidakkah melemahkan semangat mendengar pengakuan mengenai kewujudan di dalam AMANAH “gejala-gejala ‘penyakit-penyakit hati’ dan ‘kelemahan organisasi’ yang menjadi lumrah mutakhir ini dengan fenomena ‘melompat serta khianat’ kepada perjuangan”?
Tidakkah melemahkan semangat mendengar pengakuan mengenai kewujudan di dalam Pakatan Harapan “bibit-bibit keretakan dan kelompongan yang sedang kita saksikan dalam usaha untuk mengembalikan mandat rakyat, khasnya dalam menangani persoalan kepimpinan ketua negara”?
Tidakkah melemahkan semangat mendengar pengakuan bahawa “amat diakui bahawa amalan dan tradisi (yang telah membina tahap kepercayaan atau trust yang tinggi di kalangan pimpinan tertinggi
Pakatan Harapan sejak sekian lamanya) sedikit terjejas sejak akhir-akhir ini”?
Dan tidakkah melemahkan semangat mendengar Presiden AMANAH menyebut beliau “bersedia menjadi jambatan penghubung biar pun dijadikan tempat berpijak” demi untuk “menjalinkan satu grand realignment sebelum kita berjaya membentuk sekali lagi satu grand coalition”?
Takkanlah level Presiden AMANAH level tempat orang berpijak sahaja?
No comments
Post a Comment